Sunday 30 December 2012

SYAITAN YANG PAKAR DALAM TIPU DAYA


AHAD
3.50 PAGI
Sekitar jam 3.50 pagi, sewaktu aku dan suami terlelap diruang tamu, telefon suami berbunyi sebanyak dua kali. Dari ringtone yang telah di setting suami, aku tahu panggilan itu datangnya dari adik beradik suami. Hari mula berasa tidak enak. Seperti perkara buruk telah berlaku. Dari perbualan suami, aku tahu panggilan itu datang dari alang. Wajah Ain ( anak alang baerusia 7 tahun menjelang 2013) mula memenuhi ruang fikiran.
“ Nape abang? “
“ Ain sakit. Alang hantar ke PUSRAWI”.
Aku terdiam. Sangkaanku memang benar. Sekali lagi Ain diserang sawan. Tapi kali ini lebih teruk. Sebenarnya aku kurang setuju bila keluarga alang menghantar Ain berubat cara hospital. Dalam awal bulan 12 baru ni pun Ain dah ditahan di HUKM. Lepas dilakukan ujian MRI, doktor mengesahkan Ain mengidap sawan.
Setelah meneliti tanda-tanda penyakit yang dihidapi Ain, aku tahu penyakit Ain ada kena mengena dengan gannguan makhluk lain. Dulu sewaktu di zaman sekolah dan UIA aku aktif mengikut ustaz-ustaz dan kawan-kawan merawat pelajar yang diganggu makhluk halus ni. Jadi sedikit sebanyak pengalaman itu dapat aku gunakan untuk diri sendiri dan membantu orang lain.
Sebelum kami bertolak ke PUSRAWI, aku sempat menunaikan solat sunat, Membaca doa dihindari syaitan dan doa nabi Sulaiman. Mohon supaya Allah memberi perlindungan kepada kami sepanjang perjalanan ke PUSRAWI. Jam ketika itu pukul 4.30 pagi. Sampai di sana kami dapati Ain dimasukkan ke ICU kerana Ain meracau-racau dan kelihatan agresif. Terus Ain diberi ubat penenang. Aku lihat wajah Kak Lang ( mama Ain ) sugul. Aku menyalami Kak Lang dan sempat menggosok-gosok belakang Kak Lang tanda simpati. Mata Ain terpejam rapat. Dia diberikan bantuan oksigen. Ada wayar- wayar lain dipasang di badan Ain. Demi Allah, aku rasa Ain adalah kanak-kanak yang  dipilih Allah kerana dia insan yang istimewa.
Perlahan aku dekati Ain. Tangannya kupegang. Sambil membaca ayat-ayat suci aku meniup kea rah Ain. Tiba-tiba tangan yang ku pegang Ain tidak semena-mena menjadi lemah. Aku mula berasa tidak enak. Memang perkara itulah yang aku tidak inginkan. Sebaik azan Subuh aku minta izin dari suami untuk menunaikan solat. Sambil memikirkan Ain, aku cuba mengubati tangan sendiri. Alhamdulillah…ternyata ia bertambah baik.
Sekitar jam 7.00 pagi aku membawa anak-anak buah yang lain bersarapan. Suami memilih restaurant Haslam. Tiba-tiba kaki kiriku terasa kejang. Aku biarkan saja. Aku tahu ia perlu dirawat. Sementara menghabiskan sarapan, aku sempat mencungkil cerita dari angah ( abang Ain ) tentang bagaimana Ain mula sakit dan meracau. Angah kata pukul 2 pagi dia Nampak Ain bangun dan duduk. Matanya memandang ke sudut sebelah kiri. Dia kelihatan termenung.
“Angah terus kejutkan mama. Bila mama bangun Ain mula meracau-racau. Lepas tu Yoi ( sepupu angah ) bacakan Yasin, papa bacakan Ayat Kursi. Mama pasangkan ayat Ruqyah. Ha! Masa tu la Ain melawan makin teruk. Papa pun panik dan terus bawa Ain ke sepital.” cerita  sambil menikmati sarapan.
Aku semakin faham tetapi sekadar membatu diri . No komen. Aku pun bukan pandai sangat nak mengomen.
Pukul 8.00 pagi adik beradik suami pun sampai. Dorang terus ke ICU dan jumpa Ain. Masa tu Ain dah sedar. Aku dan suami menunggu di lobi PUSRAWI. Kata alang Ain akan dibawa buat ujian MRI lagi sekali. Aku diam.
Tak lama lepas tu Along ( kakak suami ) dan yang lain mendapatkan kami. Along kata Ain dah sedar tapi dia macam tak tentu arah. Bila orang panggil nama dia, dia akan larikan pandangan. Matanya meliar. Tak mahu bertentang mata.
Dan ketika itu, aku rasa itu bukan Ain!
Aku tanya kak Lang, apa yang Ain sebut masa dia meracau?
“Tak jelas sangat. Tapi antara yang kak lang perasan, dia ada sebut “tolong”.
Alang plak cerita, masa dia bacakan ayat Kursi kat Ain, Ain kata “ tak payah la” tapi suara Ain tu garau. Itu bukan suara Ain!
Aku mencandangkan kepada suami supaya membawa Ain untuk dirawat secara perubatan Islam. Kalau dibiarkan perkara ini akan terus berulang. Pergi ke mana2 sepital pun, doktor akan sahkan Ain mengidap sawan. Kata suami, kita tunggu result MRI dulu.
Sekitar jam 1 petang aku dan suami kembali ke Seremban. Dan alang berjanji akan menghubungi kami untuk sebarang perkembangan.


ISNIN
9.30 PAGI
Suami telefon Alang untuk tanya khabar Ain. Kata doktor semasa imbasan MRI di otak Ain, didapati ada kesan calar tapi itu mungkin ada sejak Ain lahir. Tetapi  sawan yang dihidapi Ain bukan sawan biasa kerana semasa sawan itu berlaku Ain seolah-olah sedang mendengar bisikan-bisikan suara yang bercakap dengannya. Atau dalam erti kata lain Ain mengalami gangguan makhluk halus. Itulah kata doktor yang merawatnya..
Hmm…macam mana Ain nak sekolah 2 hb ni. Orang kat sekolah, dia dekat sepital. Ketika ini, alang dan keluarga sedang merancang-rancang untuk membawa Ain berubat secara perubatan Islam.
Apa yang aku kesalkan ialah aku tidak mampu untuk membantu Ain. Kesihatanku sendiri tidak mengizinkan. Aku sudah tidak sekuat dulu, sewaktu bersama2 dengan rakan2 membantu mereka yang dirasuk…. Apa yang aku mampu lakukan ialah memberi pendapat dan berdoa untuk Ain..

Monday 24 September 2012

Anjakan pendidikan masih sukar diterima oleh para pendidik

Semasa catatan ini ditulis aku sedang bersama peserta-peserta kursus PBS KSSR. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan anjakan dan tranformasi yang berlaku dalam pendidikan di Malaysia. Sepanjang berlangsungnya kursus ini aku dapati guru-guru yang merupakan sahabat2 aku sendiri boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori yang pertama adalah mereka yang bersedia menerima perubahan yang berlaku walaupun sebenarnya mereka sudah selesa berada dalam zon KBSR tetapi positif untuk menerima KSSR manakala kategori ke dua adalah mereka yang berfikiran negetif dan tidak bersedia untuk berubah. Maka aku tertanya-tanya sendiri di mana silapnya? Kenapa guru-guru tidak bersedia untuk bersatu dan melangkah seiring dengan perubahan negara.

Selepas membuat kajian dan soal selidik aku dapati mereka yang dikategorikan kepada kategori ke dua ini adalah kerana ketidakfahaman sendiri dan pihak tertentu yang menjadikan guru2 ini berasa terbeban dengan tranformasi yang berlaku. Mereka tidak bersalah kerana kurangnya pendedahan dan barang bukti yang boleh menjadi panduan kepada mereka. Walaupun ada kalanya aku rasa seperti dilontar dengan soalan2 panas tetapi aku lebih suka bersikap profesional. Didalam kursus ini segala kekaburan perlu diperjelaskan. Segala persoalan perlu dijawab dan segala beban perlu diringankan 

Mudah2an diakhir kursus ini aku dapat membantu sahabat2 ku untuk menjalankan amanah mereka dengan sebaiknya dan terbaik. Amin.... permudahkanlah wahai Allah...

Antara soalan yang lazim diajukan adalah seperti berikut :

1) Bagaimanakah saya boleh melaksanakan PBS KSSR sekiranya pihak pentadbir sering tidak memberi kerjasama / turun padang?

Jawapan : Jika pihak pentadbir anda tidak memahami konsep PBS KSSR maka andalah yang perlu memahaminya supaya anda dapat memperjelaskan kepada mereka. Jangan menunding jari dan bersikap berdiam diri....

2) Kami tidak mempunyai prasarana seperti fail yang selaras, pencetak yang mencukupi, ink untuk mencetak intrumen. Kami telah memohon kepada pihak sekolah tetapi kami sering difahamkan dengan istilah " tiada peruntukan".
Jawapan : FPM boleh diselaraskan oleh pihak sekolah dengan mendapatkannya dari pembekal. Kemudian jadikannya sebagai perlatan yang wajib dibeli oleh ibu bapa melalui senarai barang yang perlu dibeli  oleh murid tahun 1 - 3. Jadi, fail tersebut akan diserahkan kepada guru kelas untuk dijadikan FPM. Berkaitan dengan ink dan mesin pencetak2, guru boleh menggunakan bilik / makmal komputer. Pengurusan peralatan diuruskan oleh pihak sekolah.

3) Kami berasa sangat terbeban sejak wujudnya PBS kerana kami sering balik lambat dan terpaksa membuat kerja2 perkeranian. Bagi kami PBS tidak sesuai ilaksanakan.
Jawapan : Anda rasa terbeban kerana anda mungkin tidak mempunya AJK PBS. Jika ada pun mungkin AJK anda tidak mewujudkan Unit Jaminan Kualiti ( Pemantauan, Pementoran, Penyelarasan dan Pengesanan) yang mempunya fungsi tersendiri. Anda melaksanakan kerja2 PBS secara individu. Maka anda rasa terbeban.

4) Bagaimanakah menguruskan FPM & Fail Showcase?
Jawapan : FPM bagi setiap murid ialah 1 fail sahaja dan merangkumi semua mata pelajaran. Bagi memudahkan guru memasukkan eviden, setiausaha perlu mewujudkan Devider mata pelajaran supaya eviden  dapat dimasukkan mengikut mata pelajaran. Fail Showcase pula mengandungi eviden terbaik sahaja bagi setiap Deskriptor. Eviden tersebut boleh terdiri dari murid yang sama atau berlainan.

5) Bagaimana mentaksir murid menggunakan rekod transit?
Jawapan : Letakkan tarikh pada ruang / kotak rekod transit selari dengan nama murid tersebut. Sekiranya murid tersebut tidak menguasai Instrumen yang digunakan, kosongkan sahaja dan guru perlu memastikan murid tersebut ditaksir pada bila2 masa. Jadi, tidak semestinya semua murid tersebut menguasai skor pada tarikh yang sama.



Saturday 4 August 2012

Jalan-jalan di bazaar Ramadhan

Assalamualaikum...Alhamdulillah..dah 16 hari kita berpuasa. Makin seronok rasanya sbb dapat menikmati bulan penuh rahmat dan maghfirah ni... Ada sesuatu yang membuatkan hati ni terdetik untuk menulis di laman ni. Bacalah kiranya sudi...

Pukul 5.00 petang tadi aku dan hubby teringin nak pegi bazaar ramadhan. Asalnya aku nak masak daging blacpaper. Hubby pun dah setuju. Tapi tiba2 plan berubah lepas kami pergi beli barang dapur di tesco kajang.

Bazaar ramadhan ni bersebelahan kawasan perkuburan orang islam. Memang besar. Lepas parking keta, lauk pertama yang aku minta kat hubby ialah ikan talapia bakar. Hubby aku plak nak cencaru bakar. Last2 kita org beli dua2. Hehehe... Aku tgk hubby aku kejap nak beli itu, kejap nak beli ini. Aku pun cakap camni " kita jangan ikut nafsu, nnt membazir. Kita beli setakat yang perlu je ye?" Hubby aku angguk setuju. Pas jalan2 hubby aku beli nasi daging, kueh samosa dan popia. Aku plak beli sup campur nk makan dgn nasi putih ( masak sendiri) dan ikan bakar. Pastu kami pun terus blk.

Masa nk ke parking keta, kami lalu kawasan perkuburan yang aku citer tadi. Ingat lagi x? Tiba2 mata aku terpandang sorang lelaki dekat satu kubur yang betol2 sebelah pagar. Ditangan dia ada surah yasin. Muka dia aku x nampak sbb dia mengadap ke arah bertentangan. Bila aku tgk kubur tu rasanya masih baru. Aku agak dalam seminggu si arwah meninggal. " orang tu hari2 baca yasin kat kubur tu". Kata hubby tiba2 membuatkan aku tersedar. " ye ke?" Aku alihkan pandangan aku ke arah lelaki tadi semula. Dari ukuran kubur tu aku x rasa tu kubur kanak2. May be org terdekat dgn dia. Mcm isteri or org tua dia.
"Wife dia kot?" Hubby aku diam je. Rajinnya dia...mesti dia sayang sangat kat si mati tu.  Aku pandang hubby aku dan cakap mcm ni. " "kalo anis meninggal dulu dr abang, abang akan ziarah kubur anis hari2 tak?". Hubby aku diam je... Tp sedikit senyum. Senyuman yang aku x leh nak tafsir. Hmmmm..hanya Dia yang tau. Tp masa aku masuk keta nk balik, fikiran aku still kat lelaki di kubur tadi. Penuh rasa kagum!

Itulah kita. Manusia. Bila kembali mengadap pencipta apa yang kita bawa dan kita tinggal? Aku mula risau memikirkan amalan yang seciput ini.....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday 1 August 2012

Allah..kuserahkan segalanya padaMu...



Astagfirullah....hanya kalimah suci ini kuulang sejak tadi. Hati benar2 hiba. Air mata yang mengalir tidak meredakan perasaan ini walau sekelumit pun. Tasbih ditangan entah berapa kali dikira. Ya Allah..dengarkanlah rintihan ini...

Maha suci Allah...berilah kekuatanMu padaku supaya aku tidak terus mengikut kehendak hati. Sungguh pada waktu ini ada perasaan yang tidak enak sering bertandang tetapi tidak mahu beredar. Ia menganggu setiap perlakuanku..menjadi hijab Kau dan aku...hapuskan perasaan ini wahai Allah kerana aku mahu membersihkan ia dari segala rasa mazmudah...menjadikan aku hambaMu yang kebal pada tipu daya dunia tetapi lemah dan hima pada pandanganMu...hati ini sedang sakit kerana sering menjadi santapan perasaan iri hati, marah, benci dan dendam. Jadikan ia bersifat azali supaya pertemuan kita nanti menjadi pertemuan yang dirindui...

Ramadhan Karim.., bulan penuh barakah dan magfirah. Buangkan rasa mazmumah dan keji ini dari menjadi penghuni di hati. Bantulah aku untuk merawatnya agar aku dapat menghampiriMu dalam keadaan suci dan bersih seperti sucinya aku tatkala lahir ke alam yang penuh ranjau ini. Alam yang bernama dunia. Disinila engkau sering melakukan khilaf tatkala menerima kiriman dariNya yang bernama ujian.

Sedarlah diri...siapa kamu di dunia ini. Sapulah hatimu dari sampah2 yang menjauhkan kamu dengan penciptamu. Memang ia sukar tetapi andai engkau mengikut lorong2 yang telah disediakan untukmu khatimahnya nanti pasti indah dan bahagia. Engkau tidak dapat mengelakkan diri dari kehidupan persinggahan yang menjadi syarat wajib sebelum engkau berpindah ke alam yang tiada nokhtah...sabarlah kerana Dia sentiasa bersamamu, memahamimu dan pasti membantumu asal engkau sanggup bertemankan dengan temanmu bernama sabar...buangkan segala kekotoran di ahtimu. Lemparlah ia jauh2 dan hayunkan langkahmu dengan yakin dan istiqamah...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday 16 July 2012

Akhirnya..terima kasih sume... :)

17 Julai 2012

Dah lama rasanya tak up date blog ni... memang sangat sibuk dek kerana tuntutan tugas yang semakin bertambah..syukur alhamdulillah kerana orang sangat mempercayai keupayaan ini.. Yang lebih menggembirakan bila ramai yang mula bertanya " nape tak update blog? Penat saya loading.." Ada gak yang tanya " Bz ke? Blog tak Update ye?" Hmmmm...bila tengok kat folower tak la ramai pun. Rupa2nya ramai yang malu2 tak nak letak nama kat situ. Ramai yang bersikap "di belakang tabir". It's okk..korang tetap terbaekkk!!!

Hari ni aku baru masuk mengajar macam biasa. Rindunya pada students yang menunggu aku dari dulu. Sekarang ni aku banyak keluar kursus outdoor. Minggu lepas sampai semalam aku bertugas di SK Petaseh. Ya Tuhan..dah lama aku tak hepy cam ni...rasa macam besttt sangat sampai tak terucap dengan kata-kata. Penat? Memanglah...penat yang teramat tapi disebalik kepenatan tu bagaikan ada suntikan motivasi dari kawan-kawan yang dah macam adik-beradik. Penat sama-sama...heppy sama-sama. Persaudaraan ni buat aku rasa macam dekat dengan keluarga sendiri..Korang pun kena ikhlas dalam persahabatan. Orait?



Ni sebahagian dari kawan-kawan yang aku ceritakan tadi. Ada lagi tapi time ni dorang tengah borak2 kat belakang..Masa ni penat dan ngantuk sangat tapi kita orang buat aktiviti sendiri untuk hilangkan mengantuk... Jap! Mana aku?! Haha...aku la yang tengah amek gambar ni. So tak dapatla nak duduk dengan dorang.. Ini jugalah antara kawan2 yang sangat memahami antara satu sama lain. Saling ambil berat. Saling berkongsi cerita2 panas dan kadang2 idea2 dorang ni pun macam ngok sikit tapi hasilnya sangat tidak disangka. Korang memang best!


Hahaha!!! Kesian tak? Kesiannn..tapi inilah pengorbanan seorang ketua. Tidur di mana mata terpejam.. Masa ni baru habis aktiviti night walk. Korang agak2 time ni kul berapa? Biar aku jawab. Masa ni hampir pukul 4 pagi. Dia terlelap sebab kelaparan dan keletihan. Kami tengah tunggu air panas nak rendam meggi. Lapar punya pasal kami rendam je dengan air suam. Ni la buktinya mereka2 yang kelaparan!


Sebab tu la aku kata penat tapi best..korang kalau nak pilih kawan, pilih yang macam ni. Yang kutuk depan2 punya. Bukan ngata kat belakang.....baru persahabatan korang boleh kekal sampai bila2.


Uiks!! Nanti dulu! Jangan komen apa2 lagi tentang brother ni. Actually dia memang ngantuk tapi cover2 nak tido. Aku berjaya amek gambar ni time dia nak curi2 pejam. Haha..Tido pun nak cover. Tido jelah kan? Nasib korang la aku dapat amek gambar curik2 time korang tak perasan...jangan putus sahabat dah!



Ni plak malam kebuyaan..Testing mike la ni.. Memang betul2 malam kebudayaan la..tak tipu punnnn.... Agak2 di mana aku ek?..Sentiasa ketinggalan dalam bergambar. Maklum la aku ni tak berapa suka nak expose sangat. Hahahaahaha.... sibuk menguruskan majlis dan merakam gelagat kawan2 yang naik tanduk sumenya..Sabar jelah...


Akhirnyaaaa...Ha!! Ni baru aku berkesempatan nak posing...Biasala..heroin memang selalu datang lambat.. Hmmm..penat la nak citer pengalaman selama 4 hari ni. Tapi moral yang aku dapat, korang mesti pilih kawan yang betul, kena ikhlas, terima mereka seadanya. Korang tak perlu cari kawan tapi korang tetap akan jadi kawan pada sume orang. Selamat beramal..... Daaaaaaaa





Tuesday 19 June 2012

Wanita...seribu rasa..

19 Jun 2012

Dengan nama Allah aku bermohon supaya temanku diberikan kekuatan yang luar biasa untuk menempuh ujian Allah yang maha hebat sepanjang hidupnya...benar lah..dalam melayari bahtera kehidupan pasti ada gelombang yang tidak diduga..mudah2an dia adalah seorang nakhoda yang mahir dan berilmu...

Air mata bukan jalan penyelesaiannya...namun kesabaran dalam menempuhnya perlu utuh dan diperkemaskan saban waktu...aku mungkin tidak memahami situasi ini  namun aku memahami kelukaannya kerana kami sama2 bergelar wanita..



Kami tidak berkongsi kisah duka tapi kami berkongsi perasaan. Sesekali aku membayangkan diri tatkala berada ditempatnya. Maka dengan jiwa berlagu sendu aku menadah tangan memohon pada yang Maha Mengatur urusan hidup setiap yang bernama makhluk..

 " Ya Allah...ujianMu untuknya sangat sukar namun ia setanding kekuatannya. Kau berilah dia kekuatan yang lebih utuh supaya dia termasuk di kalangan hambaMu yang redho. Aku bermohon pada Mu wahai Robb agar diakhir kisahnya ada kebahagiaan yang abadi buatnya sekeluarga. Berilah dia jalan keluar yang menuju dekat denganMu. Amin.."


Hati perempuan sangat sensitif..tatkala dia bergelar isteri, harapannya telah beralih dari ayahbonda yang dicintai kepada suami diri diabadi..kasih sayangnya seperti matahari..walaupun tidak sepanjang hari namun hadirnya setiap hari...menjaganya memerlukan kesabaran dan kelembutan kerana kami dijadikan dari tulang rusukmu...keanpa kami sering dibebankan dengan kesalahan2 tetapi kami tidak diajari untuk memperbetulkan kesilapan? Kenapa kami perlu menanggung kelemahan tanpa kami diberi tunjuk ajar? Lantar itu  jari yang gagah ditunding kepada kami...Ya Allah..sesungguhnya tatkala Engkau mengamanahkan kami kepada mereka sewaktu ijab dan Qabul, kenapa mereka menerima dengan dada yang kosong? 


Kami bukan malaikat! Dan kami bukan syaitan! Kami seperti kamu yang dianugerahkan sekeping hati yang bersalut perasaan..fahamilah..di dalam jiwa yang berlagu sendu ini, hidup kami hanya bergantung harap kepadamu...jangan kecewakan kami yang menyayangi kamu. Jangan membenci kami kerana kejahilanmu..Andai kehadiran tidak diperlukan, katakanlah agar kami mengerti di mana lemahnya kami supaya kelak kami bisa menjadi bidadari syurga idaman setiap manusia....

Wednesday 6 June 2012

Ayah ni..Jangan la Jujur Sangat...

6.6. 2012

Malam tadi aku tak dapat nk lelapkan mata. Pukul 1 pagi aku dah tutup lampu nak tido. Puas aku cuba lelapkan mata Tapi tak boleh gak. Gerammya…Aku pun bangun buka laptop dan tengok album yang dulu2. Sweetnyaaa..
Pukul 2 pagi aku tutup lampu lagi. Aku pujuk mata ni supaya tido tapi tak boleh. Lantas aku bermuhasabah sendiri. Menghitung dosa yang kian sarat.Amalan yang entah banyak mana..yang entah diterima ke tak… Ya Allah...biarkan aku mengharungi kehidupan ini di bawah perlindunganMu. Ligat akal dan iman ini berdiolag sesama mereka. Cuba mencari persepakatan dalam setiap amalan. Mata semakin segar. Sedar2
aku dengar bunyi motor ayah lalu depan bilik. Aku tengok jam di hanpon. Masyaallah! Dah pukul 5.15 pagi. Ayah mungkin pergi berjemaah di masjid. Akhirnya barulah mata ini jinak untuk pejam. Hishhh...geram tul!

Pukul 8.30 pagi aku dah bangun. Aduh!!! Sakitnya kepala ni..berat rasanya. Aku paksa diri untuk bangun sebab takut mak mula membebel. Kalo ikutkan aku, aku nak tido sampai mata ni terbuka sendiri. Tapi ayah mesti perli2 aku nanti. Silap2 aku kena ceramah. Memang aku tak sanggup dengar ceramah ayah. Panjang berjela wei!! Aku pun dengan tak berapa nak ikhlas capai tuala dan mandi.

Pas mandi aku tengok atas meja makan ada nasi lemak. Nape rumah aku sunyi je pagi ni? Selalunya adik2  dah mula tergelak2 dah. Kadang2 bergaduh sebab tak nak kemas umah. Rupa2nya dorang tengah bagi ikan makan kat belakang umah. Aku sarapan sorang2.. Masuk je 3 suap aku dah kenyang. Erkkkk...Alhamdulillah…

Tak lama pas tu mak balik dari pasar. Mak beli ikan talapia 2 ekor. Besar!!! Nak masak apa mak? Mak kata ikut kamu la. Mak saja beli. Pas bincang2 dengan mak kami sepakat nak buat talapia bakar cicah air asam, sup sayur dan ikan goreng biasa. Mak kata ayah tak makan ikan talapia. Huhu..ayah ni spoil la... L
Aku osom dengan mak sapa nak bakar ikan, sape nak buat air asam. Hehe..akhirnya mak mengalah. Tak pelah. Biar mak bakar ikan. Kamu buat sup sayur dengan air asam. Kirah goreng ikan dan Hannan siang ikan. Hehe..aku angguk macam burung belatuk tanda setuju yang teramat! Sebab pertama aku angguk dengan gembira ialah aku tak pandai nak buat bara api. Heheh. Sebab kedua aku tak suka siang ikan. haha
Lebih kurang setengah jam, mak dah siap bakar ikan.Cepatnya mak! 

Aku pun dah siap buat sup sayur. Tinggal air asam je lagi. Adik2 aku sume dipaksa tak tinggalkan dapur. Kalo tidak aku panggil dengar sampai alor setar. Ngerti lu? Dorang angguk dengan mulut  melopong..alah..aku buat2 garang je..

Tak lama pas tu ayah balik dari bendang. Masak apa tu? Tanya ayah sambil menjenguk ke dalam periuk sup sayur. Ikan talapia bakar cicah air asam. Ayah suka tak? Ayah tersengih2 sambil duduk tepi pintu. Pas sume dah siap aku ajak ayah makan tapi ayah tak nak. Kenyang lagi kata ayah. Aku pun lepak2 dulu kat depan umah. 

Lepas zohor ayah ajak makan. Aku pun hidangkan sume yg kami masak tadi. Sedapppnyaa!!! Ayah yang cakap gitu. Bukan aku. Berbunga hati aku dengar pujian ayah. Bunyi macam ikhlas. Lepas hidang aku pegi toilet jap. Nak setelkan kain baju yang aku render pagi tadi.  Bila aku keluar je aku tengok dorang tengah makan dengan penuh selera.Tak angkat kepala langsung. Mana kamu belajar buat air asam ni? Ayah tak pernah tengok pun air asam macam ni. Tanya ayah tak pandang aku pun! Ooo..sombong ye...tau la aku masak sedap. Awwww.. 


Buat sendiri la ayah. Reka2 je. Tak sedap ke? Ayah gelak. Mak pun gelak. Sebab sedap la ayah tanya ni...bukan senang kamu masak nak jadi sedap. Usik ayah. Eeee!!! Geram betul aku kat ayah. Kalo nak ngutuk aku memang ayah sorang je pandai. Kalo orang lain siapla aku melawan. Tapi mungkin betul kot sedap sebab mak kata ayah tak makan ikan talapia tapi aku tengok ayah makan je. Bertambah sampai 3 pinggan. Makk aii! Aku rasa cam kembamg semangkuk je. Hahaha
Sekarang ni dah kenyang. Ayah tido. Mak tido. Aku pun mmg dari tadi duk ngantuk. Apa lagi. Join dorang la... Warghhhh!!! Tak tahannya nak tido. Ok..wa tido dulu la. Nanti korang rajin belilah talapia dan tiru la menu aku ni. Selamat mencuba.. Daaaaa

Tuesday 5 June 2012

Perasaan adalah anugerah yang sangat ajaib

6.6.2012
Perasaan adalah anugerah Allah yang perlu dipupuk, dibelai dan di didik supaya kita menjadi seimbang dalam pelbagai situasi samada kita bersedia atau tidak. Perasaan inilah kadang2 menjadikan aku manusia yang sering termenung dan berfikir. Menjadikan aku manusia yang pasrah dengan ketentuan Allah dan menjadikan aku disenangi dan dibenci...

Ketika ini aku tidak pernah lupa membasahkan bibir dan hati ini dengan doa. Ya Allah...satukan hati2 ayah dan ibuku, hati kakak2 dan adik2 ku, hati saudara maraku, hati teman2ku dan hati hamba2Mu di bawah rahmat dan magfirahMu supaya di akhir nafas kami tiada setitik penyesalan dan kekesalan. Amin...

Aku sentiasa risau memikirkan perasaan manusia yang sering diabaikan dan diutamakan sehingga anugerah ini sepatutnya melengkap diri manusia menjadi sempurna di mata sesama makluk tetapi kenapa perasaan dendam dan benci sering menebal dan membesar sehinnga membataskan manusia untuk bermahabbah? Kenapa manusia sangat sukar untuk mengikhlaskan hati memaafkan dan meredhokan pemberian Allah itu?


Mungkin emosiku ketika ini sedikit terganggu lantaran perbualan petang tadi yang mengejutkan perasaan marahku menjadi penyesalan yang tak terhingga. Ya Allah..bukakanlah hati2 mereka...

Alangkah indahnya andai manusia dapat membuang rasa kemegahan dan keduniaan dari hati sehingga menukarkan hati menjadi sebersih2nya. Adakah manusia tidak mahu merasa alangkah indahnya berkasih sayang? Alangkah bahagianya bila saling memberi dan menerima..kenapa harus memilih marah, dendam dan benci?





Akhir bicara aku amat berterima kasih kepada ayah, ibu, kakak2, adik2, saudara mara, teman2 yang sudi menghargaiku dan menerima diriku seadanya. Terima kasih kerana memaafkan kesalahanku. Juga kepada dia yang sudi menjadi tempat kubermanja, tempat kumengadu dan tempat kumenumpang kasih. Dia yang menjadikan hidup ini bewarna warni dan menjadikan dunia ini sangat indah dimataku..




Mudah2an bicara ini dapat menjadi renungan dan intipatinya dapat difahami. Saya bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan mengenal erti perasaan....

Apa Yang Paling Best Bila Balik Home Town?

4. 6. 2012
Aktiviti hari ini agak seronok berbanding dengan semalam. Walaupun malam tadi aku tido kul 2.00 pagi sebab tak leh tido tapi aku still bangun awal. Pagi-pagi lagi aku dah bangun dan terus mandi. Pas tu bukak tudung saji tengok mak masak apa untuk sapan. Best...kalo kat Semban aku yang kena buat sapan tapi kat kampung mak yaang buat. Hari ni sapan pulut kukus makan dengan mangga masak. Sedaapp beb sebab lemak manis. Korang mesti tak pernah makan sebab tak de kat tempat2 lain. Utara je ada!

Pas sapan aku tengok adik2 aku Kirah dengan Hannan terbongkok2 sapu  laman umah. Sorang nyapu sorang lagi bakar sampah. So, aku pun join la sekali. Keluar gak peluh pagi2 ni.


Pas tu agenda wajib menjelang tengahari ialah masak. huhu...pas cabut undi kami pun buat keje masing2. Aku masak mee udang, Kirah masak menu tenghari dan Hanan siang ikan. Riuh rendah la suara kami kat dapur tu. Sambil bukak radio kita orang masak sambil joget2. haha. Tu lah rahsia nak bagi orang makan dengan ceria. Hahah..percaya tak? Aku orang pertama siap masak. Kirah tinggal nak buat sambal ikan je. Aku bagitau mak mee udang dah masak. Mak pun tanpa pikir panjang terus amek pinggan nak makan. Aku tanya mak sedap tak? Berapa markah nak bagi? Mak gelak. Mak kata markah penuh mak bagi. Apa lagi, melompat la aku. Yahoo!!!



Pas mak makan adik2 plak makan. Pas tu baru aku sebab tak tahan tengok dorang makan sampai bunyi sruppp time nak abiskan kuah. Melopong aku tengok. Wooo!!!! Bila ayah masuk dapur dia pun amek pinggan layan diri. Ayah makan dua pinggan mee aku tu. Licin! Bukan senang tau ayah aku nak abiskan makanan yang berkuah. Hmmm... tak riak pun...

 Pas dah kenyang apa lagi? Tido laa...tapi tak lama sebab kakak aku datang dan suruh aku teman dia makan mee. Aku pun bangun la sbb nak amek hati. Kami borak2 sampai kul 5 petang.

Petang plak aktiviti sukan. Main bola sepak dengan budak2 sini. Boleh tahan gak dorang main. Aku masuk geng pompuan dengan adik2 aku. Korang agak2 kam menang tak? hehe..kompem la tak menang. Kalo main congkak ke...bola jaring ke ...batu seremban ke mesti kami menang.

Sebab tak puas ati aku ajak dorang lawan takrow. Hahaha..sorang pun tak menang. Masing2 asyik tergelak je time main. Berpeluh2 baju ni.


Jam 6 petang kitaorang lepak2 kat backyard. Pas dengar azan maghrib baru kita orang masuk mandi. Badan pun rasa penat. Harap2 malam ni aku dapat tido awal. Zzzzzz.....


Macam ni la aktiviti aku bila balik soraang. Mak dan ayah aku tak la suka bebel. Dorang suka tengok kitaorang hepy2 adik beradik. Janji kerja siap..
Ok...kalo korang nak datang kampung aku, meh la. Boleh main bola sesama..heheh..ok, bye...

Saturday 2 June 2012

Pendakian Gunung Datuk

2.6.2012
Bestnya pendakian kali ini. Dah lama sangat aku tak ikut aktiviti lasak macam gini. Sekali dapat joint memamng aku sangat excited!

Janji dengan member kul 8 pagi baru nak gerak dari rumah. Tapi aku kul 6.30 dah gerak dulu. Aku risau kalo2 tersesat ke tempat lain sebab aku tak pernah sampai ke situ alone. So, kul 7.30 pagi aku dah terpacak kat kaki gunung. Kawan aku masih kat umah. Buat sarapan!

Sejam lebih aku tunggu kawan aku. 8.45 baru dia smpai. Tapi aku tak la marah sebab memang aku yang terlebih awal. hehehe

Kul 8.50 pagi baru kami memulakan pendakian. Lepas mendaftar terus je kami cari track. Aku lupa nak warm up. Terus sandang beg dan jalan.

Baru 10 minit aku dah termengah. Maklumlah lemak dalam badan dah berkilo. Pas tu selalu sangat manjakan diri kat spa. huh! Tapi track nya memang agak mencabar. Memang perlukan ketahanan fizikal. Kawan aku tu steady je walaupun umo dia jauh lebih tua dari aku... woooo!!! Respect beb
!


Track ni ok la bagi golongan macam aku yang baru nak kenal hutan. Semangat tengah membuak2. Kawan aku plak dah biasa dengan hutan. So, dia laju je panjat tinggal aku yang terhegeh2 ni. huhu.. sekali sekala kitaorang berhenti gak nak posing kan. Amek gambar wat kenangan. Masa tengah leka manjat, aku pegang satu pokok ni. Rasa macam geli2 sikit pokok ni. So, aku pelik la. Bila aku belek dekat2 rupanya aku terpegang makhluk ni. Eiiiii!!!





Hmmm...cantikkan? Nasib baik tangan aku tak gatal2. Lama aku belek makhluk ni sampai kena tegur dengan kawan aku.. Pendakian diteruskan lagi. Kali ini track lebih mencabar. Baru 20 minit aku dah habiskan sebotol air mineral. Haus giler! Aku tanya kawan aku berapa jam nak sampai ke puncak? Dia kata 2 jam. Aku tengok jam tangan..alahai...baru 20 minit aku dah pancit..hahah. Tak pe2..aku mesti kuat. Tak bole manjakan sangat. Aku terus jalan dan jalan. Sambil borak2 dan tergelak tiba2 aku terdengar macam suara orang bercakap. Aku pandang kawan aku sambil angkat kening. Suara orang la kak...
kawan aku gelak je. Tu suara siamang la dik.. e! ye ke? Aku malu sendiri. Mesti korang pelik siamang tu apa kan? Aku terbayang2 jalan Siamang Gagap. Ahak! Rupa2nya siamang tu spesis beruk la..Aku cuba gak intai kot2 nampak. Tapi tak nampak. Nampak pokok je bergoyang2..

Kawan aku sorang ni bagus la..Masa kami jumpa buah apa ntah dia amek dan makan buah tu. Aku pandang dia semacam je..Takut pun ada. Seram pun ada. Dia kata sedappp!!! Dia suruh aku cuba. Cepat2 aku geleng dan lari. Tak sanggup aku mati dalam hutan tu..

Hampir dua jam akhirnya kami sampai gak kat puncak. Bangganya!!!jeritku sambil terlompat2..


 Eh! Ni bukan puncak dia la...hehe..rupa2nya ada puncak lain. Aku tercari2 mana puncak dia yang betol. Yang aku nampak cuma batu2 yang tinggi melayup. Ish..takkan la nak kena panjat batu2 ni? Aku ni dah la gayat. Aku cakap kat kawan aku yang aku takut. Puas kawan aku pujuk suruh naik jugak. Aku naik gak la. Tu pun ntah berapa kali aku mengucap. Takut weiii!!! sambil buat2 berani dan bagi semangat kat diri sendiri aku pun sampai dengan bangganya.. huhuhu..terharu tau bagi orang yang penakut cam aku ni ha!Korang tengok ek!
Ni bukan aku..ni kawan aku. Ni Kak Fridah yang memng sangat berani. Hehe..dia yang suka borak sepanjang jalan. Aku dengar jelah... Ni masa kitaorang kat puncak yang sebenar. Aku berani jamin kalo korang jatuh dari sini kompem ada harapan untuk mati.. camna aku tak ketar lutut...
Korang tengokla sendiri!






 Hehe..nampak hepi je,. Walaupun gunung Datuk ni tak la ringgi sangat tapi MALAYSIA sentiasa boleh...Ini baru bab naik. Bab turun lagi teruk. Aku tak nak turun sebab gayat. Tapi cuaca masa ni dah tak elok. Gelap, dan guruh.dan gerimis. ok tak B.M aku? So nak tak nak aku turun jugak. Itu ok la dari aku kena sambar petir. Seram je bila pikir2..

Tak larat dah nak citer. Kalo korang nak gi calling2 la aku. Boleh gi sama2. Aku  on je..
Ok la..nak sambung dah x larat. Korang pegi la sendiri. Lagi best.. Oleh itu Daaaaaaa.
/

Thursday 24 May 2012

25 MEI 2012


Bersyukurlah… aku seorang guru!
Pengalaman menjadi guru sangat bermakna buat aku. Adakalanya pahit dan menyakitkan namun rasa kasih terhadap anak didik menjadi penghibur di kala hati sedang lara. Terkenang aku kepada peristiwa ini…
1 Durrah…kelas yang sangat hebat! Mampu mengubah perasaan guru-guru dari gembira kepada duka, dari bibir guru yang  ketawa berubah menjadi muka merah padan dan dari suka bertukar sedih. Murid di dalam kelas ini sangat nakal. Mereka tidak betah duduk diam. Suara guru dianggap seperti suara angin. Nothing! Arahan guru seperti guruh yang belum tentu akan hujan. Kerja rumah tak pernah siap, tulisan kotor, buku hilang dan kadang2 buku dibakar. Perkara ini mungkin biasa bagi sesetengah guru namun pernahkah guru itu berfikir untuk menanganinya?
Seorang murid lelaki bernama Darwish adalah yang paling kritikal nakalnya. Waktu aku mengajar dia tidak pernah mahu duduk di tempat sendiri. Tangannya gemar mencuit kawan2. Bergaduh atau mengambil barang rakan adalah perkara rutin. Baju sekolah tidak pernah kemas. Buku tulisnya tinggal kulit kerana selalu dikoyakkan. Sebatang pensil pun tak pernah ada. Kalau adapun entah pensil siapa dikebasnya. Rakan2nya selalu menuduhnya jahat.  Sikapnya menjadikan aku buntu! Objektif pembelajaran jarang tercapai. Kadang2  aku jadi takut kalau2 di dalam hati mereka ini langsung tidak mempunyai perkataan bahasa arab walaupun satu!

Satu hari Allah mengilhamkan aku dengan satu jalan keluar. Aku amat berharap rancangan ini memberi kesan kepada Darwish dan rakan2nya yang lain.
“Cikgu nak buat pertandingan untuk kelas kamu. Nak tak?” tanya aku satu hari untuk menarik perhatian 1 Durrah. Darwish yang leka mengusik rakan menoleh ke arahku tanpa perasaan.
“Pertandingan Akhlak Terbaik dan Termulia.” Ujarku tersenyum.
“Akhlak tu apa cikgu?” tanya Kittisak seorang murid yang beragama Kristian.
“Akhlak tu sikap, perangai kamu. Kalau kamu boleh duduk diam masa cikgu mengajar akan dapat hadiah. Duduk diam je! Senang kan?” ulasku senyum lagi. Nampaknya umpanku mengena.
“Duduk diam je cikgu?” soal Darwis tiba2. Aku mengangguk memandang Darwish  dengan seribu harapan.
“Nak hadiah tak?” mereka mengangguk serentak.
“Sekarang cikgu bagi kepada kamu semua 100 markah. Sambut!” Aku membuat lakonan seolah2 mencampakkan sesuatu kepada mereka dan mereka menyambutnya sambil ketawa terkekeh2.
“Simpan baik2 dalam beg.” Mereka ketawa lagi dan seolah2 memasukkan 100 markah ke dalam beg.
“ Siapa bising masa cikgu mengajar atau kacau kawan, dia kena pulangkan 10 markah pada cikgu. Boleh?”
“ Boleh cikgu!” Jawab mereka serentak. Kali ini suara mereka kedengaran lebih bersemangat. “ Baik, pertandingan akhlak terbaik dan termulia bermula sekarang!” Kataku dengan suara yang sedikit lantang. Kelas menjadi sunyi sepi sebelum Ammar anak muridku yang paling comel bertanya. “ Hadiahnya  apa cikgu?” Kelas kembali bising.
“Rahsia! Tapi cikgu janji hadiah tu besar, cantik dan kamu pasti sukakannya!” jawabku walhal aku sendiri masih tidak merancang soal hadiah ini. Aku ketawa dalam hati.
Seminggu berlangsungnya pertandingan ini. Ternyata sikap mereka sedikit berubah. Ketika aku melangkah masuk ke dalam kelas LINUS TEGAR itu mereka cepat2 duduk di tempat mereka dalam keadaan SEDIKIT tenang. Namun masih ada yang bersikap acuh tak acuh. Namun sesuatu yang menarik perhatianku ialah sikap Darwish yang sangat berubah. Dia bukanlah murid yang bijak tetapi kesungguhannya untuk memahami pelajaran yang kuajar sangat luar biasa! Dia tidak lagi bergerak dari kerusinya malah sering mengangkat tangan untuk bertanya. Gemar menarik tanganku sekiranya ingin bertanya sesuatu. Rakan2nya yang lain ada yang berubah malah ada yang masih kekal dengan sikap lama.
Hari terakhir pertandingan ( Jumaat ) aku mengadakan ulangkaji sebelum mengumumkan pemenang untuk pertandingan ini. Ulangkaji ini dilakukan dalam bentuk kuiz. Siapa berjaya akan nerpeluang memenangi pembaris Upin dan Ipin, pengasah pensil berbentuk terompah dan pemadam besar. Ramai yang mencuba dan berebut untuk menjawab. Namun Darwish memilih untuk mendiamkan diri walaupun dia duduk betul2 dihadapanku. Wajahnya tenang tetapi sedikit muram.
“ Darwis tak nak hadiah?” Soalku merenung wajahnya mencari jawapan. Dia mengangguk tapi masih dengan riak wajah yang sama.
“ Dah tu, napa tak cuba jawab soalan kuiz ni?”
“ Saya tak pandai cikgu. Daya Cuma tahu satu perkataan saja”. Jawabnya membuatkan hatiku tersentuh
“ Ok, apa perkataan yang Darwis tau?” soalku dengan suara lembut.
“ Ba Bun ( pintu )”
“ Ok, tak pe. Sekarang cikgu tanya ye” Dia mengangguk perlahan. Aku memandang rakan2nya yang lain yang sejak tadi mengangkat tangan dan memandang kami.
“ Apa maksud Ba Bun?” Darwis cepat2 mengangkat tangan dan pantas menjawab “pintu”.
“ Betul!!” Aku menghulurkan pembaris Upin dan Ipin bewarna biru kepadanya. Dia senyum sedikit.
“Baik, sekarang cikgu nak mengumumkan pemenang bagi pertandingan akhlak terbaik dan termulia”.
Kelas menjadi sunyi sepi. Hening! Masing2 berharap menjadi pemenang. Lama aku diam dan sikap ini menjadikan mereka sedikit gelisah. Aku renung Darwish. Dari wajahnya aku tahu dia tidak mengharapkan menjadi pemenang, pandangannya dilontarkan di luar kelas. Dari matanya aku tahu dia sedang memikirkan sesuatu.
“ Pemenangnya ialah… Darwish!!!” Dia tersentak, benar2 terkejut memandangku. Aku sambut pandangannya dengan senyuman.
“ Hadiahnya  merupakan satu set alat tulis Angry Bird. Ada satu pemadam, dua pensil, satu pembaris, satu kotak pensil dan  4 helai sticker Angry Bird.” Jelasku sambil menayang2 hadiah bewarna hijau lembut itu di hadapan kelas. Darwiss teruja dan tiba2 dia memeluk pinggangku dan mencium tanganku. Aku terkejut tetapi terharu dengan perubahan sikapnya. Rakan2 lain seperti kecewa. wajah mereka muram.
“ Jangan sedih. Lepas cuti sekolah kita main lagi pertandingan macam ni, nak?”
“ Nakkk!!!” sambut mereka kembali ceria.
“ Cikgu, Saya boleh menang lagi tak?” Tanya Darwish sedikit risau.
“ Boleh…” Dia senyum gembira.
Peristiwa ini memberi  kesan yang hebat di dalam jiwaku sebagai guru. Macam2 yang aku fikir. Anak2 perlukan penghargaan, dorongan dan perhatian. Di rumah mungkin mereka bebas membuat keputusan tetapi kebebasan mereka tidak dibantu atau didorong. Tahniah buat 1 Durrah. Kalian memang HEBAT!

Thursday 1 March 2012

Lawatan Penanda Aras PBS

29.02.2012 tarikh penting bagi SK Taman Semarak apabila dinobatkan  sekolah "benchmark" negeri Sembilan. Bersama beberapa pegawai JPNS dan PPD yang kelihatan segar, dengan satu matlamat dan objektif tetapi tugasan yang berbeza langkah diatur kemas menuju ke SK Putra Perdana. Lawatan ini sedikit sebanyak mampu merungkai segala persoalan berkaitan PBS yang sering meletakkan para pendidik dalam dunia pencarian.

Sebaik memasuki SK Perdana Putra kami disambut dengan senyum keihklasan. Ternyata keghairahan pesertamampu membuatkan aku tersenyum sendiri. Jelas ramai yang masih terpaku dan terpinga2 dengan kehadiran PBS.
Jika dibandingkan dengan sekolah SK Perdana Putra Perdana, ternyata tidak banyak perbezaan yang ketara dengan sekolah sendiri. Cuma ada penambahbaikan yang perlu dilakukan. Syukur..kerana sekolah ini merupakan guruku sejak tahun lepas. Terima kasih kak Jumilah S.U Pentaksiran SK Putra Perdana atas keikhlasanmu memberi input yang sangat berguna.

 Walaupun tidak banyak yang dapat saya ceritakan di sisni lantaran masa saya yang semakin terhad dan kesaratan kerja yang kian terasa, saya mengirimkan gambar kenangan ini sebagai pengganti diri.


Bas yang digunakan oleh peserta lawatan penanda aras


Sampai di lokasi sekitar jam 10.00 pagi.


Guru Besar SK Taman Semarak bersama pegawai JPNS



Inilah destinasi kami SK Putra Perdana

 Ketibaan kami ternyata dinanti


Taklimat PBS dan sistem failing


 Fail Portfolio murid

 Keghairahan peserta yang sangat ketara

Segala info berkaitan PBS dipamerkan di sini








Fail Perkembangan Murid, berbeza mengikut kreativiti sekolah..










Sesi perbincangan dan permuafakatan

Pn. Jumilah, S.U PBS.


Penyampaian cenderahati sebagai tanda silaturrahim

jika kedatangan disambut, maka kepulangan tetap diiringi

 Namun...kenangan tetap terukir di sini...( aku yang bertudung hitam dua dari kanan ) hehehehe