Sunday 30 December 2012

SYAITAN YANG PAKAR DALAM TIPU DAYA


AHAD
3.50 PAGI
Sekitar jam 3.50 pagi, sewaktu aku dan suami terlelap diruang tamu, telefon suami berbunyi sebanyak dua kali. Dari ringtone yang telah di setting suami, aku tahu panggilan itu datangnya dari adik beradik suami. Hari mula berasa tidak enak. Seperti perkara buruk telah berlaku. Dari perbualan suami, aku tahu panggilan itu datang dari alang. Wajah Ain ( anak alang baerusia 7 tahun menjelang 2013) mula memenuhi ruang fikiran.
“ Nape abang? “
“ Ain sakit. Alang hantar ke PUSRAWI”.
Aku terdiam. Sangkaanku memang benar. Sekali lagi Ain diserang sawan. Tapi kali ini lebih teruk. Sebenarnya aku kurang setuju bila keluarga alang menghantar Ain berubat cara hospital. Dalam awal bulan 12 baru ni pun Ain dah ditahan di HUKM. Lepas dilakukan ujian MRI, doktor mengesahkan Ain mengidap sawan.
Setelah meneliti tanda-tanda penyakit yang dihidapi Ain, aku tahu penyakit Ain ada kena mengena dengan gannguan makhluk lain. Dulu sewaktu di zaman sekolah dan UIA aku aktif mengikut ustaz-ustaz dan kawan-kawan merawat pelajar yang diganggu makhluk halus ni. Jadi sedikit sebanyak pengalaman itu dapat aku gunakan untuk diri sendiri dan membantu orang lain.
Sebelum kami bertolak ke PUSRAWI, aku sempat menunaikan solat sunat, Membaca doa dihindari syaitan dan doa nabi Sulaiman. Mohon supaya Allah memberi perlindungan kepada kami sepanjang perjalanan ke PUSRAWI. Jam ketika itu pukul 4.30 pagi. Sampai di sana kami dapati Ain dimasukkan ke ICU kerana Ain meracau-racau dan kelihatan agresif. Terus Ain diberi ubat penenang. Aku lihat wajah Kak Lang ( mama Ain ) sugul. Aku menyalami Kak Lang dan sempat menggosok-gosok belakang Kak Lang tanda simpati. Mata Ain terpejam rapat. Dia diberikan bantuan oksigen. Ada wayar- wayar lain dipasang di badan Ain. Demi Allah, aku rasa Ain adalah kanak-kanak yang  dipilih Allah kerana dia insan yang istimewa.
Perlahan aku dekati Ain. Tangannya kupegang. Sambil membaca ayat-ayat suci aku meniup kea rah Ain. Tiba-tiba tangan yang ku pegang Ain tidak semena-mena menjadi lemah. Aku mula berasa tidak enak. Memang perkara itulah yang aku tidak inginkan. Sebaik azan Subuh aku minta izin dari suami untuk menunaikan solat. Sambil memikirkan Ain, aku cuba mengubati tangan sendiri. Alhamdulillah…ternyata ia bertambah baik.
Sekitar jam 7.00 pagi aku membawa anak-anak buah yang lain bersarapan. Suami memilih restaurant Haslam. Tiba-tiba kaki kiriku terasa kejang. Aku biarkan saja. Aku tahu ia perlu dirawat. Sementara menghabiskan sarapan, aku sempat mencungkil cerita dari angah ( abang Ain ) tentang bagaimana Ain mula sakit dan meracau. Angah kata pukul 2 pagi dia Nampak Ain bangun dan duduk. Matanya memandang ke sudut sebelah kiri. Dia kelihatan termenung.
“Angah terus kejutkan mama. Bila mama bangun Ain mula meracau-racau. Lepas tu Yoi ( sepupu angah ) bacakan Yasin, papa bacakan Ayat Kursi. Mama pasangkan ayat Ruqyah. Ha! Masa tu la Ain melawan makin teruk. Papa pun panik dan terus bawa Ain ke sepital.” cerita  sambil menikmati sarapan.
Aku semakin faham tetapi sekadar membatu diri . No komen. Aku pun bukan pandai sangat nak mengomen.
Pukul 8.00 pagi adik beradik suami pun sampai. Dorang terus ke ICU dan jumpa Ain. Masa tu Ain dah sedar. Aku dan suami menunggu di lobi PUSRAWI. Kata alang Ain akan dibawa buat ujian MRI lagi sekali. Aku diam.
Tak lama lepas tu Along ( kakak suami ) dan yang lain mendapatkan kami. Along kata Ain dah sedar tapi dia macam tak tentu arah. Bila orang panggil nama dia, dia akan larikan pandangan. Matanya meliar. Tak mahu bertentang mata.
Dan ketika itu, aku rasa itu bukan Ain!
Aku tanya kak Lang, apa yang Ain sebut masa dia meracau?
“Tak jelas sangat. Tapi antara yang kak lang perasan, dia ada sebut “tolong”.
Alang plak cerita, masa dia bacakan ayat Kursi kat Ain, Ain kata “ tak payah la” tapi suara Ain tu garau. Itu bukan suara Ain!
Aku mencandangkan kepada suami supaya membawa Ain untuk dirawat secara perubatan Islam. Kalau dibiarkan perkara ini akan terus berulang. Pergi ke mana2 sepital pun, doktor akan sahkan Ain mengidap sawan. Kata suami, kita tunggu result MRI dulu.
Sekitar jam 1 petang aku dan suami kembali ke Seremban. Dan alang berjanji akan menghubungi kami untuk sebarang perkembangan.


ISNIN
9.30 PAGI
Suami telefon Alang untuk tanya khabar Ain. Kata doktor semasa imbasan MRI di otak Ain, didapati ada kesan calar tapi itu mungkin ada sejak Ain lahir. Tetapi  sawan yang dihidapi Ain bukan sawan biasa kerana semasa sawan itu berlaku Ain seolah-olah sedang mendengar bisikan-bisikan suara yang bercakap dengannya. Atau dalam erti kata lain Ain mengalami gangguan makhluk halus. Itulah kata doktor yang merawatnya..
Hmm…macam mana Ain nak sekolah 2 hb ni. Orang kat sekolah, dia dekat sepital. Ketika ini, alang dan keluarga sedang merancang-rancang untuk membawa Ain berubat secara perubatan Islam.
Apa yang aku kesalkan ialah aku tidak mampu untuk membantu Ain. Kesihatanku sendiri tidak mengizinkan. Aku sudah tidak sekuat dulu, sewaktu bersama2 dengan rakan2 membantu mereka yang dirasuk…. Apa yang aku mampu lakukan ialah memberi pendapat dan berdoa untuk Ain..