Tuesday 13 May 2014

Dialah guruku...


Alhamdulillah..masih berkesempatan untuk berkongsi pendapat bersama rakan2 yang sudi membaca. Hampir setahun menyendiri. Bukan bermaksud tiada idea untuk di tulis tetapi saya sedang bermuhasabah diri atau beruzlah untuk meningkatkan tahap kendiri menjadi lebih sensitif terhadap dosa sekeliling. Boleh juga dikatakan memandang setiap ujian itu dari sudut yang positif supaya lahir ke dunia dan kembali ke kubur tidaklah menjadi sesuatu yang tidak beerti. Untuk menikmati  hidup bukanlah susah. Asal kita berharap pada YANG SATU segalanya tidak mustahil. Siapa kata keajaiban itu pelik? Tidak dengan kehendak Dia! Senyapnya saya dari dunia blogger ini membuatkan banyak pengalaman yang ingin saya ceritakan. Tetapi pengalaman dua malam yang lalu adalah paling beerti buat jiwa yang masih galau ini. Juga mungkin berguna buat anda yang sedang cuba memperbaiki diri. Setelah sebulan tidak bertemu dengan tuan guru saya ( tidak perlulah saya tuliskan namanya di sini. Bimbang terselit rasa riak. Yang pasti beliau adalah ulama yang terkenal di dalam dan luar negara) akhirnya dua malam lepas kami bertemu di kuliah yang ke 17. walaupun aku berada di saf yang paling belakang, tapi wajah beliau dapat ku tatap sepuasnya. Bersih, dan berseri-seri dari sebelum beliau masuk ke IJN. Dengan berjubah dan berkopiah putih beliau tampak segak dan kemas sekali. Beliau walaupun uzur, namun masih tetap kelihatan sihat dan bersemangat. Itulah yang mengharukan kerana beliau pada hakikatnya semakin uzur. Namun setiap patah perkataan yang keluar dari bibirnya bak emas, intan dan permata. Rugi kalau tidak didengar dan diteliti dengan betul.  Berkongsi pengalaman tentang penyakit yang dihidapi oleh beliau serta beberapa puluhan pembedahan yang telah di laluinya, beliau berkata bahawa sesuatu yang membuatkan beliau bertahan hingga ke saat ini adalah sesuatu yang menakjubkan dari Allah. Malah beliau akui sesuatu yang memberi kekuatan kepada beliau ialah amalan Rukyah dan doa orang ramai.   Kuasa Allah untuk memanjangkan umurnya memang tidak boleh dinafikan.  Memang kami setiap minggu sebelum memulakan kuliah akan menunaikan solat hajat yang khusus mendoakan kesihatan tuan guru. Semua orang sayangkan beliau. Anak muridnya ada disetiap penjuru bumi Malaysia. Malah ilmunya berkembang ke seluruh dunia. Semuanya memperoleh kepakaran dari tunjuk ajar beliau. Dengan masalah kesihatan beliau yang semakin merunsingkan beliau tetap berkeyakinan untuk terus berdakwah. Ujar beliau, mendidik kami hingga layak memiliki  Ijazah  dan berbakti pada masyarakat adalah amanah berat yang perlu beliau laksanakan. Justeri itu beliau tidak kisah mengorbankan waktu rehatnya untuk menurunkan ilmu nya kepada kami walaupun beliau masih lemah. Menurut seorang rakan yang merupakan teman kepada anak beliau, ayahnya mempunyai prinsip yang sangat hebat tapi berat jika kita tidak kuat. Beliau  pernah berkata: "Umur beliau sekarang adalah bonus! Hadiah dari Allah. Allah dah bagi free. Takkan nak duduk saja? Sementara Allah bagi free ni lah kita kena berjasa all out hingga tiba waktunya." Hasil diskusi dengan rakan-rakan yang sama- sama menuntut dengan beliau, kami membuat beberapa muhasabah diri seperti berikut : Orang muda sekarang berkira masa untuk berbudi. Sakit sikit dah lemah. Jangan kata nak berbudi pada orang, nak berbudi pada diri sendiri pun malas! Mungkin anda tidak bersetuju dengan perkongsian ini. Tapi bagi yang mengetahui kesungguhan, keyakinan, keikhlasan tuan guru yang masih berupaya untuk berbakti pada agama dan masyaraka  walaupun uzur dan semakin uzur, anda akan dapat menilai sendiri nilai iman yang anda miliki sekarang. Asalkan semua kerana Dia, pasti kita boleh menjadi "Rijlun Muqin" Semuanya kerana ALLAH! 
Akhir sekali tima kasih pada group whatsapp azimah, atikah, noni dan nisa atas diskusi yg bermakna itu..luv u all.. ^-^ 

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway