Thursday 9 May 2013

Inikah kemanisan itu?

Aku bukan sesiapa untuk menghukum mereka. Aku juga bukan ulama yang kental jiwanya dengan ilmu duniawi dan ukhrawi. Aku cuma insan biasa yang hanya mampu menangis bila sedih dan ketawa bila gembira. Aku tidak mahu menjadi hipokrit dan juga tidak mahu dikatakan lemah. Melihat orang gembira adalah lebih membahagiakan diri. Justeru segala rasa marah, kecewa dan hampa kubenamkan jauh ke lubuk hati yang paling dalam. Biarlah ia tersimpan kemas dalam lipatan sejarah. Yang penting ia mungkin akan menjadi satu saat yang paling manis untukku satu waktu nanti. Atau barangkali dapat kubongkarkan buat generasi yang mendatang untuk mengajar mereka bahawa kehidupan ini sangat complecated! Pengalaman jugalah yang menjadikan manusia sentiasa berwaspada dan sering curiga pada sesiapa saja. Bukan semua manusia yang sering ketawa bersama itu adalah teman. Bukan juga manusia yang sering berduka itu adalah terasing


Pengalaman ini membuka mata akalku bahawa mereka yang dikelilingi ramai teman sebenarnya keseorangan. Dan aku yang sering berseorangan mempunyai teman yang paling sedikit. Tapi mereka menyayangiku seikhkas hati. Dan kasih sayang mereka tak mungkin kutemui di pelusuk bumi. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa temanku yang paling sedikit inilah yang kutemui ketika aku di jalan buntu. Ketika air mata menjadi teman setia. Ketika mimpi ngeri menjadi teman tidur dan ketika jiwa ditemani kesuraman. Mereka inilah yang muncul dan menghulurkan tangan sewaktu tangan ini sedang khusyuk menadah memohon kepada yang Maha Kuasa agar diberikan jalan keluar dari rasa buntu, dan ditemukan dengan mereka yang dekat denganNya. Benarlah bahawa pertolongan Allah itu biarpun lambat tetapi ia sampai tepat pada waktunya. Memikirkan semua ini menjadikan aku semakin kerdil lantaran keluhan dan rintihan ketika diutuskan ujian buat penebus dosa. Terasa jahil dan malu pada Yang Maha Kuasa.

 Manusia sering melihat kekurangan dirinya sehingga dia lupa untuk bersyukur. Dan manusia juga sering melihat kelebihan dirinya sehingga dia berasa seperti di puncak. Dari terus membiarkan mimpi ngeri terus menjahanamkan diriku, adalah lebih baik aku berhijrah meninggalkan alam yang penuh sendiwara dan penipuan. Biarlah kaki ini melangkah dan berhenti di perhentian yang ditetapkan. Seterusnya memberi bakti kepada yang memerlukan.

 Itulah pengalaman! Sekali pandang ia amat menyakitkan. Namun bila direnung dialah guru kepada kehidupan manusia. Biarlah kita berwaspada dari kita lalai dan bersuka ria. Biarlah kita sedikit teman dari kita berseorangan tanpa sedar. Maka bersyukurlah kerana Allah sedang memerhatikanmu... :)

Friday 3 May 2013

Selamat Hari Ulangtahun Perkhawinan~

Selamat Hari Ulang tahun Perkawinan sayang!

Walaupun hari ni dah 3 Mei dan dah terlewat 2 hari untuk aku up date blog tapi tak salah rasanya sebab rasa pengantin baru still ada. Hahaha.. Apatah lagi bila tengok album lama2 dulu. Sepanjang membelek album kawen aku, bibir ni asyik senyum je.. :)

Mengimbau perjalanan hidup sebagai anak gadis memang tak berapa seronok. Aku tak enjoy macam kawan2 yang lain sebab ayah aku dah latih sume anak2 supaya tak bergaul dengan sebarangan orang. So masa aku kenal pak we aku ni aku still single tau! Jangan terkejut! heeeee. Family arrangement la beb..


Apasal lak gambar ni mcm x kena jer? Memang aaaa..aku je yang sengaja buat camni. Biar korang tak nampak mana satu aku. Pastu takde la korang cakap " patut la takde pakwe".. pintar kan aku ni? haha
Masa ni pertandingan nasyid. Sapa punya idea ntah ajak pakai baju melayu. Aku ni ikut jelah sebab nak masuk nasyid. hmmm..tapi time ni ada orang cakap aku ni " handsome". huaaaaaa. Cer korang cari yang mana satu aku?


 Hahaha! Aku pun tergelak tengok gambar aku time ni. Masa ni menggila dengan taekwando beb! Masa tu sapa yang buat aku terperanjat, siap laaa! Tapi pastu berenti sebab aku tertumbuk muka husbend aku masa dia buat aku melatah. Bukan aku sengaja pun. Taat punya pasal aku pun berhenti. Tapi bunga2 dia tu aku still ingat lagi. Rindunya nak masuk silat semula........



Haaa..ni kampung aku. Musim mangga time ni..tapi aku tak suka mangga. Makan gitu2 je. Korang mesti meleleh air liur kan? Tak pe..takde orang nampak pun.. :)


 Saat yang mengharukan. Hari dimana tanggung jawab seorang ayah akan berpindah tuan. Hari di mana ayah menentukan mas kahwin dan hantaran untuk menyerahkan aku kepada insan yang tak pernah kuimpikan akan menjadi suami kepadaku sekaligus menjadi kan aku amanah dari Yang Maha Penyayang.. Hmmm..masa ni aku rasa hiba bila ayah kata nak letak hantaran tinggi sama macam Ziana Zain. Masa ni aku dok pasang telinga je nak dengar perbincangan dorang. hehe..tapi pas kena halau dengan sorang mak cik
 ( jiran aku ) baru aku ke dapur. Tu pun masih tersengeh2 bila orang kampung tergelak tengok perangai aku ni.

Lepas bincang dan tawar menawar akhirnya kata sepakat pun diambil. Mas kahwin aku time tu RM 1484
Campur hantaran RM 6484..OK Whatttt...Ayah kata mula2 tu ayah letak RM 10,000. Terbeliak mata aku. Pastu ayah kata memang ayah sengaja buat macam tu sebab ayah dah tau mesti dorang akan tawar menawar. Heee..patut la aku pun bijak. Ikut ayah rupanya :)


Mesti korang dah agak tengah watpe kan? Yelah..batal air sembahyang. Padahal time tu mana aku ada air sembahyang pun. Air peluh make up adalah! Lama tau menunggu!


Haipppp! Ni bukan adegan 18sx tau. Hmmm..ni first time aku dicium oleh sang lelaki. Nampak cool je kan? Sebenarnya dalam hati aku time tu dok fikir. " Perlu ke cium2 dahi ni??" heeee.. malu2 kucing sebenarnya :)
 Kalo direnung balik kenangan mcm ni buat aku dan suami termalu sendiri. Kenangan ni mesti ada pada semua org yang dah bergelar isteri dan suami. Korang pun mesti ingat lagi kan? Manis dan indah kan? :)

Indah mcm mana pun,yang penting kehidupan sekarang perlu diperbaiki. Rumahtangga perlu di up grade. Supaya tak tewas dek ujian. Buat suami, thanx for every thing. Sabarmu, semangatmu, kasih sayangmu, bimbingan dan bicaramu sentiasa mengingatkan diri ini untuk terus menjadi permaisuri di hatimu...selamanya........

Terima kasih buatmu..