Monday 24 September 2012

Anjakan pendidikan masih sukar diterima oleh para pendidik

Semasa catatan ini ditulis aku sedang bersama peserta-peserta kursus PBS KSSR. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan anjakan dan tranformasi yang berlaku dalam pendidikan di Malaysia. Sepanjang berlangsungnya kursus ini aku dapati guru-guru yang merupakan sahabat2 aku sendiri boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori yang pertama adalah mereka yang bersedia menerima perubahan yang berlaku walaupun sebenarnya mereka sudah selesa berada dalam zon KBSR tetapi positif untuk menerima KSSR manakala kategori ke dua adalah mereka yang berfikiran negetif dan tidak bersedia untuk berubah. Maka aku tertanya-tanya sendiri di mana silapnya? Kenapa guru-guru tidak bersedia untuk bersatu dan melangkah seiring dengan perubahan negara.

Selepas membuat kajian dan soal selidik aku dapati mereka yang dikategorikan kepada kategori ke dua ini adalah kerana ketidakfahaman sendiri dan pihak tertentu yang menjadikan guru2 ini berasa terbeban dengan tranformasi yang berlaku. Mereka tidak bersalah kerana kurangnya pendedahan dan barang bukti yang boleh menjadi panduan kepada mereka. Walaupun ada kalanya aku rasa seperti dilontar dengan soalan2 panas tetapi aku lebih suka bersikap profesional. Didalam kursus ini segala kekaburan perlu diperjelaskan. Segala persoalan perlu dijawab dan segala beban perlu diringankan 

Mudah2an diakhir kursus ini aku dapat membantu sahabat2 ku untuk menjalankan amanah mereka dengan sebaiknya dan terbaik. Amin.... permudahkanlah wahai Allah...

Antara soalan yang lazim diajukan adalah seperti berikut :

1) Bagaimanakah saya boleh melaksanakan PBS KSSR sekiranya pihak pentadbir sering tidak memberi kerjasama / turun padang?

Jawapan : Jika pihak pentadbir anda tidak memahami konsep PBS KSSR maka andalah yang perlu memahaminya supaya anda dapat memperjelaskan kepada mereka. Jangan menunding jari dan bersikap berdiam diri....

2) Kami tidak mempunyai prasarana seperti fail yang selaras, pencetak yang mencukupi, ink untuk mencetak intrumen. Kami telah memohon kepada pihak sekolah tetapi kami sering difahamkan dengan istilah " tiada peruntukan".
Jawapan : FPM boleh diselaraskan oleh pihak sekolah dengan mendapatkannya dari pembekal. Kemudian jadikannya sebagai perlatan yang wajib dibeli oleh ibu bapa melalui senarai barang yang perlu dibeli  oleh murid tahun 1 - 3. Jadi, fail tersebut akan diserahkan kepada guru kelas untuk dijadikan FPM. Berkaitan dengan ink dan mesin pencetak2, guru boleh menggunakan bilik / makmal komputer. Pengurusan peralatan diuruskan oleh pihak sekolah.

3) Kami berasa sangat terbeban sejak wujudnya PBS kerana kami sering balik lambat dan terpaksa membuat kerja2 perkeranian. Bagi kami PBS tidak sesuai ilaksanakan.
Jawapan : Anda rasa terbeban kerana anda mungkin tidak mempunya AJK PBS. Jika ada pun mungkin AJK anda tidak mewujudkan Unit Jaminan Kualiti ( Pemantauan, Pementoran, Penyelarasan dan Pengesanan) yang mempunya fungsi tersendiri. Anda melaksanakan kerja2 PBS secara individu. Maka anda rasa terbeban.

4) Bagaimanakah menguruskan FPM & Fail Showcase?
Jawapan : FPM bagi setiap murid ialah 1 fail sahaja dan merangkumi semua mata pelajaran. Bagi memudahkan guru memasukkan eviden, setiausaha perlu mewujudkan Devider mata pelajaran supaya eviden  dapat dimasukkan mengikut mata pelajaran. Fail Showcase pula mengandungi eviden terbaik sahaja bagi setiap Deskriptor. Eviden tersebut boleh terdiri dari murid yang sama atau berlainan.

5) Bagaimana mentaksir murid menggunakan rekod transit?
Jawapan : Letakkan tarikh pada ruang / kotak rekod transit selari dengan nama murid tersebut. Sekiranya murid tersebut tidak menguasai Instrumen yang digunakan, kosongkan sahaja dan guru perlu memastikan murid tersebut ditaksir pada bila2 masa. Jadi, tidak semestinya semua murid tersebut menguasai skor pada tarikh yang sama.