Monday 5 August 2013

" Nak masuk Tahfiz. Biar kubur abah terang."

Sebelum memulakan titipan ini, ingin aku ucapkan Salam Eidil Mubarak dan tahniah kepada umat Islam generasi Muhammad yang berjaya melalui bulan Ramadhan dengan penuh taqwa dan keinsafan. Tahniah kepada umat Muhammad yang heppy dalam pesta ibadah anjuran Allah Azza Wajalla.. 
Ramadhan bakal berundur, syawal bakal muncul. Perginya Ramdhan mungkin ditunggu-tunggu kerana keperitan menanggung lapar dan dahaga sudah tidak tertahan. Berakhirnya Ramadhan, beerti berakhirlah penderitaan ini. Paling menyedihkan bila ada umat Muhammad yang mengaggap bulan Ramadhan hanyalah bulan adat. Bukan bulan ibadat. Tanggapan mereka terbukti apabila mereka sekadar berpuasa menahan lapar dan dahaga sedangkan solat wajib tidak pernah dilaksanakan. Sungguh aku kesian kepada mereka ini. Puasa yang sia-sia. Rasa sebak bila mengenangkan " di sana " nanti mereka tidak mempunyai teman rapat yang akan menemani mereka ketika menjawab soalan kubur. Sedangkan orang yang berpuasa dan solat akan dilindungi  oleh teman mereka dari soalan Munkar dan Nakir.Inilah 4 teman tu:
1. Solat : akan melindungi mereka pada bahagian kepala.
2. Zakat : akan melindungi kereka dari arah kanan
3. Puasa : akan melindungi mereka dari arah kiri
4. Amalan sunat : akan melindungi mereka dari arah kaki
( Sila rujuk Cinta Ilmu:  10 malam terakhir Ramadhan ( Ustaz Badli Shah )
Sebagai manusia biasa, aku tidak ketinggalan menyertai mereka yang lain di shoping complex. Membeli baju baru sempena hari raya. Ramainya umat manusia bagaikan lautan yang bewarna hitam. Padat dan memang super padat! Aku mencapai apa yang perlu dan segera meninggalkan kawasan yang sesak dan siksa itu. 
Memang! Harga2 yang ditawarkan sangat menggairahkan. Ada yang mencecah 80% discount. Barang2 yang mahal sebelum ini menjadi semurah2nya. 
Namun ada persoalan berkunjung di fikiran ini. Allah juga memberikan discount dengan menutup pintu neraka serapat2nya, membuka pintu syurga seluas2nya. Malah Allah memerintahkan musuhnya dibelenggu untuk memberi peluang kepada hambaNya beribadat dengan selesa, tenang dan aman. Malah Allah menawarkan ganjaran pahala selama 1000 bulan bersamaam 84 tahun 3 bulan. Tapi kenapa tawaran Allah dipandang sepi? Adakah ia tidak cukup menarik? Adakah syurga Allah yang tiada tolak bandingan itu tidak mengiurkan?
 Sambil memandu fikiran ini tiba2 teringatkan kekasih hati . Katanya :
" Dari Umrah bin Harith r.a , Rasulullah bersabda: Sesungguhnya dunia ini manis dan menghijaukan
 ( menyilaukan). Sesiapa yang mengambil secukupnya dari dunia, maka Allah akan memberkahinya. Betapa banyak orang yang tenggelam dengan harta, lalu di hari ia bertemu dengan Allah, baginya neraka di hari kiamat kelak. ( HR Thabrani )
Andai Rasulullah bersama kita......mungkinkah kasih sayangnya tidak bersambut?...
Berbicara tentang pesta ibadah, teringat aku pada kunjungan aku dan suami ke rumah seorang ibu tunggal malam tadi. Aku lebih petah memanggilnya kak Wan. Dia mempunyai 4 orang anak. Dua lelaki dan dua perempuan. 3 dari 4 anaknya merupakan bekas pelajarku. 
Kunjunganku di sambut penuh mesra. Samil bersalaman, aku tercari wajah Habib dan Hidayat., anaknya yang berumur 12 dan 10 tahun.
" Habib dengan Hidayat pergi surau. Qiamullail kat sana." Aku angguk mengerti mengenangkan malam ini adalah antara malam2 terakhir Ramadhan.
" Rindu saya dekat Habib tu kak. Dah lama tak jumpa dia". Kak Wan yang berwajah lembut itu senyum lebar. 
" Alhamdulillah..dia sihat. Tapi saya risau la cikgu. Sejak abahnya meninggal, dia sangat malas belajar. Baru2 ni pun percubaan UPSR tak bagus sangat. Sipi2 je. Dia macam dah tak minat nak belajar". Luah ibu tunggal itu sambil berkerut. Aku diam. Cuba mengatur kata2 untuk dilontarkan.
" Semangat tu tak ada kot kak?" 
" Entahlah cikgu. Puas saya nasihatkan. Cikgu2 sekolah pun dah jenuh bagi motivasi. Tapi macam tu jugalah." Aku diam lagi. Bayangan wajah Habib melintas di ruang mata.
" Dia tak cerita apa2 kat akak?" Kali ini kak Wan pula terdiam pandangan matanya di halakan ke arah anak bongsunya yang ligat  bergurau dengan si kakak.
" Dia kata nak masuk tahfiz. Tak nak belajar akademik. Saya sokong tapi kalau dia tak nak belajar akademik tu susahlah...saya cadang nak hantar dia ke sekolah tahfiz kat Rawang tu. Apa pendapat cikgu?" Belum sempat aku bersuara, wajah Hidayat muncul di muka pintu sambil memberi salam. Kemudian wajah Habib. Kdua2nya tersengih malu memandang aku. Bekas gurunya.
" Habib, meh duduk sebelah cikgu. Rindu betul cikgu kat kamu." Gurauku dan dia sengih lagi. Kak Wan bangun menuju ke dapur. Mumgkin memberi peluang untuk aku memujuk Habib.
"Memamg tiap2 malam Qiamullail ke?" Habib angguk. 
" Hidayat pun sama?" Hidayat yang bersandar di tiang rumah itu turut tersengih. Melihat mereka tersengih, aku kuga tuut tersengih.
" Rindu abah tak?" Soalku cuba menguji. Habib angguk. Kali ini tidak lagi tersengih.
" Kalo kamu rindu, apa yang kamu buat?"
" Baca Fatihah dan hadiahkan untuk abah."
"Bagus...cikgu tahu Habib memang anak yang soleh." Dia diam lagi.
" Ada mimpi abah?" Dia angguk pantas. 
" Bila?"
"Masa awal2 puasa hari tu" Aku semakin tidak sabar untuk mendengar cerita Habib.
"Abah pesan apa2 tak?"
" Abah pesan sikit je. Abah kata jaga adik." Aku pandang wajah Hidayat, kemudia beralih ke wajah adik2nya yang lain. 
"Hmmm..dengar tak tu Hidayat? Aisyah? Lepas ni kalau malas baca buku, suruh Habib rotan je." Gurauku disambut tawa pendek kak Wan.
" Alahhh...dia pun tak baca buku cikgu." Balas si adik membuatkan seisi rumah tertawa. Habib sengih lagi.
" Habib nak masuk Tahfiz ke? " Soalku meminta kepastian. Sejauh mana kesungguhannya untuk bergelar Huffaz... 
" Nak."
" Betul2 nak?" 
" Betul!"
" Kenapa nak masuk Tahfiz?"
" Nak bagi kubur abah terang." Aku terkedu. Kak Wan tersenyum bahagia.
Benarlah! Kak Wan tidak gagal untuk menyegarkan ingatan dan kasih sayang anak2 terhadap abah mereka. Malah dari cerita kak wan, Habib bercita2 ingin menjadi imam besar yang menghafaz Al Quran. Niatnya cuma satu. Mahu arwah abahnya bahagia di sana. Kak Wan sendiri telah berusaha bersungguh2 untuk membebaskan arwah suaminya dari belenggu hutang supaya suaminya tenang. Sehingga malam tadi kak Wan bersyukur kerana berjaya menyelesaikan hutang2 tersebut dan memindahkan hak milik arwah ke atas namanya supaya dia dapat membayar hutang2 lain seperti hutang kereta. 
Namun, kata kak Wan walaupun kehidupannya berubah 360 darjah selepas ketiadaan suaminya, dia amat bersyukur kerana rezeki anak2 sangat murah dan mudah. Malah Kak Wan sendiri berjaya mendapatkan pekerjaan dengan mudah walaupun bergaji kecil. Sesungguhnya Allah Maha Adil..
Kunjungan kami ke rumah kak Wan memberikan keinsafan yang mendalam sehingga kami tidak mampu berbicara tentangnya...

Semoga syawal yang bakal menjelang, menjadikan kita lebih bersyukur dan berkujahadah..
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin