Thursday 24 May 2012

25 MEI 2012


Bersyukurlah… aku seorang guru!
Pengalaman menjadi guru sangat bermakna buat aku. Adakalanya pahit dan menyakitkan namun rasa kasih terhadap anak didik menjadi penghibur di kala hati sedang lara. Terkenang aku kepada peristiwa ini…
1 Durrah…kelas yang sangat hebat! Mampu mengubah perasaan guru-guru dari gembira kepada duka, dari bibir guru yang  ketawa berubah menjadi muka merah padan dan dari suka bertukar sedih. Murid di dalam kelas ini sangat nakal. Mereka tidak betah duduk diam. Suara guru dianggap seperti suara angin. Nothing! Arahan guru seperti guruh yang belum tentu akan hujan. Kerja rumah tak pernah siap, tulisan kotor, buku hilang dan kadang2 buku dibakar. Perkara ini mungkin biasa bagi sesetengah guru namun pernahkah guru itu berfikir untuk menanganinya?
Seorang murid lelaki bernama Darwish adalah yang paling kritikal nakalnya. Waktu aku mengajar dia tidak pernah mahu duduk di tempat sendiri. Tangannya gemar mencuit kawan2. Bergaduh atau mengambil barang rakan adalah perkara rutin. Baju sekolah tidak pernah kemas. Buku tulisnya tinggal kulit kerana selalu dikoyakkan. Sebatang pensil pun tak pernah ada. Kalau adapun entah pensil siapa dikebasnya. Rakan2nya selalu menuduhnya jahat.  Sikapnya menjadikan aku buntu! Objektif pembelajaran jarang tercapai. Kadang2  aku jadi takut kalau2 di dalam hati mereka ini langsung tidak mempunyai perkataan bahasa arab walaupun satu!

Satu hari Allah mengilhamkan aku dengan satu jalan keluar. Aku amat berharap rancangan ini memberi kesan kepada Darwish dan rakan2nya yang lain.
“Cikgu nak buat pertandingan untuk kelas kamu. Nak tak?” tanya aku satu hari untuk menarik perhatian 1 Durrah. Darwish yang leka mengusik rakan menoleh ke arahku tanpa perasaan.
“Pertandingan Akhlak Terbaik dan Termulia.” Ujarku tersenyum.
“Akhlak tu apa cikgu?” tanya Kittisak seorang murid yang beragama Kristian.
“Akhlak tu sikap, perangai kamu. Kalau kamu boleh duduk diam masa cikgu mengajar akan dapat hadiah. Duduk diam je! Senang kan?” ulasku senyum lagi. Nampaknya umpanku mengena.
“Duduk diam je cikgu?” soal Darwis tiba2. Aku mengangguk memandang Darwish  dengan seribu harapan.
“Nak hadiah tak?” mereka mengangguk serentak.
“Sekarang cikgu bagi kepada kamu semua 100 markah. Sambut!” Aku membuat lakonan seolah2 mencampakkan sesuatu kepada mereka dan mereka menyambutnya sambil ketawa terkekeh2.
“Simpan baik2 dalam beg.” Mereka ketawa lagi dan seolah2 memasukkan 100 markah ke dalam beg.
“ Siapa bising masa cikgu mengajar atau kacau kawan, dia kena pulangkan 10 markah pada cikgu. Boleh?”
“ Boleh cikgu!” Jawab mereka serentak. Kali ini suara mereka kedengaran lebih bersemangat. “ Baik, pertandingan akhlak terbaik dan termulia bermula sekarang!” Kataku dengan suara yang sedikit lantang. Kelas menjadi sunyi sepi sebelum Ammar anak muridku yang paling comel bertanya. “ Hadiahnya  apa cikgu?” Kelas kembali bising.
“Rahsia! Tapi cikgu janji hadiah tu besar, cantik dan kamu pasti sukakannya!” jawabku walhal aku sendiri masih tidak merancang soal hadiah ini. Aku ketawa dalam hati.
Seminggu berlangsungnya pertandingan ini. Ternyata sikap mereka sedikit berubah. Ketika aku melangkah masuk ke dalam kelas LINUS TEGAR itu mereka cepat2 duduk di tempat mereka dalam keadaan SEDIKIT tenang. Namun masih ada yang bersikap acuh tak acuh. Namun sesuatu yang menarik perhatianku ialah sikap Darwish yang sangat berubah. Dia bukanlah murid yang bijak tetapi kesungguhannya untuk memahami pelajaran yang kuajar sangat luar biasa! Dia tidak lagi bergerak dari kerusinya malah sering mengangkat tangan untuk bertanya. Gemar menarik tanganku sekiranya ingin bertanya sesuatu. Rakan2nya yang lain ada yang berubah malah ada yang masih kekal dengan sikap lama.
Hari terakhir pertandingan ( Jumaat ) aku mengadakan ulangkaji sebelum mengumumkan pemenang untuk pertandingan ini. Ulangkaji ini dilakukan dalam bentuk kuiz. Siapa berjaya akan nerpeluang memenangi pembaris Upin dan Ipin, pengasah pensil berbentuk terompah dan pemadam besar. Ramai yang mencuba dan berebut untuk menjawab. Namun Darwish memilih untuk mendiamkan diri walaupun dia duduk betul2 dihadapanku. Wajahnya tenang tetapi sedikit muram.
“ Darwis tak nak hadiah?” Soalku merenung wajahnya mencari jawapan. Dia mengangguk tapi masih dengan riak wajah yang sama.
“ Dah tu, napa tak cuba jawab soalan kuiz ni?”
“ Saya tak pandai cikgu. Daya Cuma tahu satu perkataan saja”. Jawabnya membuatkan hatiku tersentuh
“ Ok, apa perkataan yang Darwis tau?” soalku dengan suara lembut.
“ Ba Bun ( pintu )”
“ Ok, tak pe. Sekarang cikgu tanya ye” Dia mengangguk perlahan. Aku memandang rakan2nya yang lain yang sejak tadi mengangkat tangan dan memandang kami.
“ Apa maksud Ba Bun?” Darwis cepat2 mengangkat tangan dan pantas menjawab “pintu”.
“ Betul!!” Aku menghulurkan pembaris Upin dan Ipin bewarna biru kepadanya. Dia senyum sedikit.
“Baik, sekarang cikgu nak mengumumkan pemenang bagi pertandingan akhlak terbaik dan termulia”.
Kelas menjadi sunyi sepi. Hening! Masing2 berharap menjadi pemenang. Lama aku diam dan sikap ini menjadikan mereka sedikit gelisah. Aku renung Darwish. Dari wajahnya aku tahu dia tidak mengharapkan menjadi pemenang, pandangannya dilontarkan di luar kelas. Dari matanya aku tahu dia sedang memikirkan sesuatu.
“ Pemenangnya ialah… Darwish!!!” Dia tersentak, benar2 terkejut memandangku. Aku sambut pandangannya dengan senyuman.
“ Hadiahnya  merupakan satu set alat tulis Angry Bird. Ada satu pemadam, dua pensil, satu pembaris, satu kotak pensil dan  4 helai sticker Angry Bird.” Jelasku sambil menayang2 hadiah bewarna hijau lembut itu di hadapan kelas. Darwiss teruja dan tiba2 dia memeluk pinggangku dan mencium tanganku. Aku terkejut tetapi terharu dengan perubahan sikapnya. Rakan2 lain seperti kecewa. wajah mereka muram.
“ Jangan sedih. Lepas cuti sekolah kita main lagi pertandingan macam ni, nak?”
“ Nakkk!!!” sambut mereka kembali ceria.
“ Cikgu, Saya boleh menang lagi tak?” Tanya Darwish sedikit risau.
“ Boleh…” Dia senyum gembira.
Peristiwa ini memberi  kesan yang hebat di dalam jiwaku sebagai guru. Macam2 yang aku fikir. Anak2 perlukan penghargaan, dorongan dan perhatian. Di rumah mungkin mereka bebas membuat keputusan tetapi kebebasan mereka tidak dibantu atau didorong. Tahniah buat 1 Durrah. Kalian memang HEBAT!