Sunday 29 January 2012

Jadilah manusia yang berguna kepada saudara seagama...







Dalam zaman yang semakin menuju ke penamat sebuah kehidupan, dan alam yang semakin pendek hayatnya, tidak ramai manusia yang mahu berlumba2 membuat amal kebajikan. Tidak  ramai yang mahu membeli saham akhirat yang sangat menjamin keuntungannya...



Manusia pada usia yang semakin singkat tidak mahu melakukan amal yang tidak memberi keuntungan berupa wang atau sebarang harta benda kepada dirinya. Singkatnya akal manusia kerana jahil. Jahilnya manusia kerana sangat rapuh dek desakan kehidupan yang sebenarnya ujian dari Allah. Firman Allah:
" Sekiranya Aku ingin memberikan kesenangan kepada hambaKu maka tiada sesiapa yang dapat menghalang dan jika Aku ingin memberi keburukan kepada sesorang, tiada siapa yang dapat menahanKU"

 Allah berfirman lagi bahawa setiap amalan baik atau buruk walau sebesar zarah tetap akan dihitung kerana sesungguhnya Allah sebaik2 penghitung.

Kenapa peluang di depan mata, tatkala saudara ditimpa musibah, saudara yang memerlukan khidmat kita, kita memandangnya dengan enteng, kosong? Kenapa kita tidak mahu menjadi manusia yang berguna kepada orang lain? membantu meringankan beban yang dipikul pasti Allah akan membalas dengan seribu kebaikan malah turut didoakan oleh saudara sendiri.

Tidak perlu melihat kesusahan saudara kita tanpa pandangan akal. Hiburkan hati saudaramu, pasti Allah menghiburkanmu, bantulah saudaramu, pasti Allah membantumu. Walau tidak diberi ganjaran pasti ganjaran Allah seribu kali lebih baik.

Perlukah difikirkan diri sendiri dengan mengabaikan kebajikan orang lain? Kita selalu alpa tatkala syaitan meniup ke hati kita dengan nikmat dunia. Tatkala Allah menguji kita dengan kesempitan rezeki, kepayahan mencari harta, makin dicari makin jauh ia pergi dan mencicip dari kita. Kenapa dan kenapa? Terlintaskah di hati kita, adakah ini ujian atau musibah? Muhasabah lah diri sendiri. Sejauh mana bakti kita kepada orang disekeliling kita? Klau kita tidak mahu berbakti, maka tiadalah yang mendoakan kita dan bila tiada yang mendoakan kita, maka rugilah kita..


Teguran ini buat diriku jua yang sering memberi peluang kepada iblis membisikkan rasa kurang senang  terhadap sesuatu pemberian, sering lupa bahawa setiap yang kumiliki adalah milik Allah. Mudah2an Dia tidak mencalonkan aku sebagai orang yang lalai dari mengingatinya...amin...

Rasulullah berwasiat, bersihkan hatimu dengan rasa ikhlas...

Laksanakan wasiat baginda nescaya anda akan didorong rasa ingin beramal . percayalah..

Aku bukan insan yang baik tetapi aku cuba menjadi hamba yang baik...

 ... , gambar animasi “terima kasih”, ucapan thank you, di blog Anda

Friday 20 January 2012

SUARA ANEH DARI LANGIT.

Bukti kebenaran Al Quran.

Telah diceritakan berkali2 di dalam Al Quran tentang suara dari langit termasuk pekikan yang kuat yang membinasakan umat2 yang terdahulu lantaran kesombongan dan keangkuhan mereka untuk tidak menyembah Allah.. sekarang berlaku kepada zaman kita ( umat akhir zaman ). Anda carilah bukti kejadian ini di dalam tafsir Al Quran dan kaitan dengan zaman ini, ZAMAN KITA.

Ikuti laporan akhbar ini yang menjadi isu hangat bagi kita yang jarang2 berfikir tentang kuasa Allah:

http://mynewshub.my/2012/01/20/jadikan-insiden-suara-dari-langit-iktibar-harussani/

Thursday 12 January 2012

Download bahan KSSR 2012

DOWNLOAD BAHAN KSSR 2012

Kepada guru-guru berkenaan boleh mendapatkan bahan KSSR 2012 dengan click pada " download bahan KSSR 2012 ".

Ya Allah...dengarlah...

Sesungguhnya ku ubati hati ini dari keperitan dengan kisah2 penderitaan kekasihMu..
Kudamaikan kegundahan hati ini dengan nasihat kekasihMu..
Kusejukkan kemarahan hati ini dengan ikhlasku untukMu...
Dan ku tenangkan kekalutan hati ini dengan mengingatiMu...

PBS KSSR 2012

Sistem on line PBS KSSR masih tidak dapat digunakan 100%. S.U.P  boleh mengemaskini maklumat lain tetapi untuk menaik kelas 2012 masih dalam penyelenggaraan sehingga 15.2.2012 untuk diintegrasikan dengan SMM . Ada penambahbaikan dilakukan. Pendaftaran perlu dilakukan hanya dengan mengimport data dari SMM 2012. Syukur...

Friday 6 January 2012

Azam 2012

06.01.2011

Azam 2011 tidak tercapai sebab kelalaian sendiri. Tahun ni mcm mana pulak? Tak guna memasang azam yang banyak kalo setakat azam macam " nasi panas ". Time panas mmg sedap dimakan tapi time sejuk? hmmm..aku? aku pun ada azam. Serba salah nak tulis or tak. Cukuplah Allah yang tau dan mudah2an Dia memberiku kekuatan untuk menunaikannya..

Pada malam tahun baru, serbuan oleh PERKEDA, ISMA dan JAINS dibeberapa buah lokasi maksiat mendapat hasil yang sangat memeranjatkan dan merisaukan apabila tangkapan pasangan khalwat termuda berumur 13 tahun. Keduanya ditangkap di dalam BILIK HOTEL! Beberapa pasangan MAHASISWA dan MAHASISWI dan pasangan remaja lepasan SPM!

Keesokan hari pasangan2 yang dicekup ini dipaksa menghadiri kursus jenazah dan ketika berlangsungnya kursus ini pegawai2 yang bertugas diserang oleh ibu bapa yang ingin membela anak mereka. Tuduhan dilemparkan dan menuduh bahawa pegawai berkenaan seorang yang jumud kerana remaja sekarang tidak boleh bersosial. " Ingat ni zaman hang tuah?!" Tengking si bapa kepada pegawai berkenaan.

Persepsi kita mendengar cerita ini? Umat2 Muhammad di akhir zaman. Mereka tidak tahu bahawa Muhammad s.a.w ketika diberitahu Jibril bahawa penghuni  neraka ke tujuh adalah umatnya, maka pengsan baginda kerana sedih. Setelah sedar dari pengsan baginda menangis kesedihan malah Jibril sendiri turut serta menangis bersama baginda..

Jadi, padamlah nyalaan api neraka itu dengan air mata taubat seperti yang diajarkan oleh Jibril kepada nabi kita. Bukan berbangga dengan dosa yang kian sarat.  Maka jangan jadikan diri kita seperti hadir ke dunia tanpa erti dan mati seperti bangkai...jadi jika anda bergelar ibu bapa, apa jaminan anda bahawa bila anda meninggal kelak, akan ada "kiriman" dari anak anda? Fikir2kanlah....