Tuesday 21 February 2012

Amalkan suunah Muhammad semampu yang boleh...

Ada orang kata " amalkan sunnah setakat yang boleh..". Bagi aku " amalkan sunnah semampu yang mungkin..". Dua pendapat yang sangat jauh tersiratnya. Sebagai pendidik yang imannya berubah arus, adakalanya kesabaran boleh diurus dan adakalanya kesabaran seperti sengaja di uji.

Anak2 didik yang bewarna putih, bersih perlukan lukisan yang menarik, sedap mata memandang, menjadi idaman setiap yang bernama manusia. Alangkah baiknya kalau mereka menjadi benih, yang memberi faedah kepada orang lain walau di pelusuk mana mereka berada.

Lantas dalam mendidik mereka, aku sedaya yang boleh menjadikan sikap rasulullah yang sangat sukakan kanak2 sebagai panduan. Dengan ini, aku dapati kanak2 lebih mesra denganku walaupun kadang2 terpaksa mendengar suara petir aku. Haha. Inilah nabi ...Tiap kali baginda bertemu kanak2 pasti dia berbual mesra dan menggosok2 kepala mereka dengan manja...terima kasih Muhammad...

Aku bukan ulama, aku tak pernah terkilan dengan kanak2. Namun aku sering kecewa dengan didikan yang diberikan kepada mereka. Akhlak yang dizahirkan memang merisaukan. Kata2 yang terpacul dari bibir montel mereka sangat mencemaskan. Mereka umat Muhammad. Walaupun umat junior. Di mana silapnya?...

Monday 6 February 2012

Mencintai Lelaki yang tak pernah ditemui..

Andai Muhammad bersama kita...mungkinkan baginda sibuk menghadiri undangan sempena hari kelahirannya?..memikirkan itu, aku tersenyum sendiri. Indahnya andai baginda ada...mengharungi akhir zaman yang kian runcing bersama umat yang amat disayanginya...

Meronta2 hati ini ingin melihat wajah tampan baginda. Menurut riwayat sohih, wajahnya bercahaya, tampan, x lokek dek senyuman. Tutur bicaranya mempersona dan mengasyikkan. Andai dapat wajah itu kutatap walau di dalam mimpi..

Untuk mengubat keinginan ini , kuselak semula lembaran sirah perjuangan baginda, menyingkap pengorbanannya...menghayati setiap bait hadis nya..sungguh aku terasa seperti berbicara dengannya. Belum puas rasanya ingin berkenalan dengan akhlak baginda yang menjadi idola para ulama, aku membaca setiap baris tafsir Al Quran, menceritakan bagaimana Allah memujuknya tatkala baginda bersedih hati, Allah lah yang memdidiknya sehingga baginda menjadi musuh yang digeruni bagi para pengingkar Islam..dan kisah Jibril yang sangat setia di sisi baginda sehinga menjadikan baginda pernah merindui Jibril tatkala Jibril tidak menemuinya.

Lantas hati siapa yang tidak tersentuh tatkala menghayati perjuangan dan pengorbana baginda seakan2 tidak pernah berehat, tidak pernah tidur, tidak pernah makan selama 23 tahun mengharungi perit maung semata2 mengangkat martabat Islam hingga ke seluruh pelusuk dunia. Akhirnya air mata ini tumpah juga, aku menangis tersedu2 kerana terasa rindu kepada baginda, terasa seolah2 aku pernah bersama baginda. Ya Allah..ubati kerinduan ini dengan menjadikan aku umat yang hanya mencintai Rasulullah...

Baginda pergi meninggalkan rumah yang diperbuat dari tanah liat, sebahagian wang dirham yang digunakan di jalan Allah dan bersedekah.

Aku bandingkan pula dengan umat Muhammad 2012. Penuh hipokrit, tipu daya, hidup dalam kemaksiatan, materialistik, pendek kata seakan2 menunggu masanya sahaja untuk Islam runtuh. Terlalu minoriti golongan yang menggunakan pusaka baginda ( Al Quran ), hampir infiniti golongan yang mahu masuk campur untuk membetulkan fenomena haru ini malah keadaan umat islam seakan2 satu simulasi kehidupan jahiliyyah sebelum kehadiran baginda.. Ya Allah, apa sudah jadi?! 

Lantas aku teringatkan peristiwa Isra Mi'raj tatkala Jibril menunjukkan 7 lapisan neraka kepada baginda hingga tibanya neraka yang terakhir yakni yang paling bawah kedudukannya, neraka itu untuk umatmua yang ingkar wahai Muhammad...beritahu Jibril dengan nada sedih. Muhammad pengsan dan ketika sedar dari pengsan, baginda menangis tersedu2 bersama Jibril kerana tidak sanggup melihat umatnya menjadi penghuni di situ.

Baginda pernah mencuba untuk memadam api neraka yang marak tetapi neraka itu tidak juga padam. Pelik! Bukankah baginda seorang yang mulia? Dikenali oleh penghuni langit dan bumi? Kenapa baginda sendiri tidak mampu memadamnya? Jibril menghulurkan semangkuk air kepada baginda, maka baginga menuangnya ke dalam neraka dan anehnya api tersebut padam! Api neraka hanya boleh dipadamkan dengan air mata taubat. Itu kata Jibril. Air yang digunakan oleh baginda tadi adalah air mata taubat...

Marilah kita sama2 bertaubat. Menghidupkan semula perjuangan baginda. Islam perlu diberi nafas semula. Bukan sekadar diwarisi ketika mengisi borang pada ruangan "agama" , barulah islam diingati..itu pun hanya beberapa detik..
Selagi langit dan bumi masih wujud, selagi itulah Islam perlu dipertahankan..