Tuesday 21 February 2012

Amalkan suunah Muhammad semampu yang boleh...

Ada orang kata " amalkan sunnah setakat yang boleh..". Bagi aku " amalkan sunnah semampu yang mungkin..". Dua pendapat yang sangat jauh tersiratnya. Sebagai pendidik yang imannya berubah arus, adakalanya kesabaran boleh diurus dan adakalanya kesabaran seperti sengaja di uji.

Anak2 didik yang bewarna putih, bersih perlukan lukisan yang menarik, sedap mata memandang, menjadi idaman setiap yang bernama manusia. Alangkah baiknya kalau mereka menjadi benih, yang memberi faedah kepada orang lain walau di pelusuk mana mereka berada.

Lantas dalam mendidik mereka, aku sedaya yang boleh menjadikan sikap rasulullah yang sangat sukakan kanak2 sebagai panduan. Dengan ini, aku dapati kanak2 lebih mesra denganku walaupun kadang2 terpaksa mendengar suara petir aku. Haha. Inilah nabi ...Tiap kali baginda bertemu kanak2 pasti dia berbual mesra dan menggosok2 kepala mereka dengan manja...terima kasih Muhammad...

Aku bukan ulama, aku tak pernah terkilan dengan kanak2. Namun aku sering kecewa dengan didikan yang diberikan kepada mereka. Akhlak yang dizahirkan memang merisaukan. Kata2 yang terpacul dari bibir montel mereka sangat mencemaskan. Mereka umat Muhammad. Walaupun umat junior. Di mana silapnya?...

No comments: