Tuesday 27 December 2011

Lagi menurut Al Quran

Sifat2 yahudi laknatullah

LILIN PATUNG YAHUDI MENGHINA ISLAM


Menurut blogger yang lain, patung lilin ini di tayangkan di salah sebuah muzium di US. Di Malaysia pun x kurang juga penghinaan dilakukan terhadap agama Islam. Gambar ni tulen or x, hanya Allah yang tau.

So,Apa yang anda rasa?
Marah? Geram? Benci? @ nothing?

Patung Lilin yahudi yang menghina Islam

Hari Yang memenatkan..


25.12.2011...
Aku mengemaskan pakaian ke dalam beg dengan rasa senang hati. Rindu juga pada negeri Sembilan, tempat aku mencari rezeki dan bertemu mereka2 yang sangat bermakna buatku...ibu,adik dan adik ipar sibuk menyediakan makan malam di dapur. Aku mengambil masa hampir 1 jam untuk berkemas. Maklumlah...hampir sebulan bercuti di kampung. hehe..puas ati aku!

Selepas mandi dan solat Isyak, aku makan malam bersama keluarga. Sekadar berlaukkan gobis goreng, ikan puyu, haruan dan sepat yang digoreng, sambal bilis, sambal belacan berulamkan timun sangat menyelerakan. Makan sambil berborak kosong dan ayah yang tak habis2 mengusikku mmg rasa semakin menyelerakan. haha!

Jam 10 malam akhirnya aku dan suami berangkat pulang. Semasa bersalaman dengan keluarga, aku perasaan wajah2 yang melepaskan aku dengan rasa berat ati. ( x taulah kot2 aku je yang perasan ) cuma nenek je yang x sempat aku cium tangannya kerana keadaan nenek yang uzur membuatkan dia tidur lebih awal.
Dan ayah...wajahnya sayu memandangku tetapi ternyata disembunyikan di sebalik senyuman dan usikannya yang x habis2...dia...insan yang telah banyak berdiskusi denganku tentang kisah2 nabi dan sahabat serta beberapa hukum fiqh..terima kasih ayah..

Baru sampai di tol alor Setar suami meminta aku memandu. Ngantuk katanya. Aku menjadi driver dari tol Alor Setar hingga Hentian Sungai Perak. Pas tu dah rasa pening2. Masa tu jam pukul 12.30 a.m dan suami meneruskan pemanduan hingga ke seremban jam 4.00 pagi. Aku? Krohhhh je la. Penat beb!

Sampai di rumah masyaallah!!!!rumah bersepah! Padahal sebelum balik alor setar aku dah clearkan awal2 lagi. Kemas! Tapi keadaan sekarang? Betul ke rumah aku ni? huhuhu.. aku mmg pantang tgk rumah bersepah. Aku blh nangis sbb tensi. heheh! mau x mau jam 4 pagi tu juga aku kemas rumah. Basuh pinggan, mop lantai, sapu sampah dan lain2. Jam 5.15 ( lebihkurang ) aku baring2 sambil  tgk tv sementara tunggu Subuh.

Penat sangat2. Bangun jam 11 pagi.. ( jujur tak aku?)  aku terus basuh baju dan masak. Perut lapar giler! Masak simple2 je..suami ok..x kisah sangat bab makan ni.. pas makan, aku teruskan dengan aktiviti meng"edit" buku2 dari sebuah syarikat penerbitan. Banyakkkk!!! macam2 perasaan aku time tu. Tapi bila dapat betulkan niat dan ikhlaskan hati baru aku dapat buat dengan aman...huhu..sesungguhnya niat kerana Allah baru anggota badan dapat bekerja dengan baik... pemerintah ( hati ) perlu diperbetulkan dulu...

Masa aku tulis citer aku ni, rumah pun still bersepah. Esok meeting kat sek. Wah...dah tentu byk kerja dok tunggu...mudah2an Allah menulis pekerjaan ku ini satu ibadat yang diberkatiNya...aminn..
dan ketika ini dalam fikiranku terbayangkan nenek dan sepupuku yang menderita...andai aku dapat bersama mereka....

Saturday 17 December 2011

Bila jiwa gundah...


" Bila jiwa gundah...segalanya huru hara. Serba x kena. Arghhhh!!!! "  Itu perkara biasa yang aku rasakan suatu tika dulu. Mula termenung sana sini mcm kucing hilang anak. Haha! Maklumlah., rindu dah membuak2 di dada bila insan tersayang tiada di depan mata. Tapi bila umur makin meningkat, perasaan gundah still ada tp dapat la dikurangkan. Caranya? Hmmm...banyakkan ingat Allah kerana ketiadaan seseorang adalah satu peluang besar untuk kita menghabiskan masa bersamaNya. Jgn sempitkan fikiran dengan menyangka untuk bersamaNya hanya dengan cara berzikir, bertasbih dan bertahmid sahaja. Tidak! Caranya pelbagai dan saaaaangat banyak! Anda lah yg kena pilih sendiri. Kalo aku , aku isikan masa untuk mengenaliNya dengan lebih dekat. Dia kan ada di mana2 tp kita selalu x perasan. Bila tgh susah, tunggang terbalik kita meminta padaNya tp bila senang x nak berterima kasih pada Dia. Cam biasa aku kata " Sumenya Kerana Dia "..manusia oh mannusia! Apa nak dihairankan? Dalam Al Quran pun dah disebut byk kali. Mmg perangai manusia mcm tu...

Berapa ramai antara kita yg ikhlas terasa seronok dan bersyukur yg teramat kerana dilahirkan islam? Ce angkat tangan? Haha..mungkin ada yang angkat tangan tp tepuk dada tanya iman. Sejauh mana anda dapat buktikan bahawa anda betul2 seronok menjadi orang islam. Jawab dengan ikhlas! Hmmm...bila makin tua kita selalu lupa nk " up to date " kan ilmu agama tp selalu " up to date " fashion atau trend. Tanda2 kiamat dah jelas depan mata tp masing2 buat2 x tau je. Alahhh...relax.. kata sesetengan anak muda...hmmmm..

So, tunggu apa lagi? Nikmatilah keindahan islam yg telah terbentang di depan mata..x kan tunggu bala baru nk tobat...pikir beb, pikir!



Tuesday 13 December 2011

Renunglah setiap kejadian dengan mata hatimu...




Ziarah sepupu...
Sekejap lagi ( 3.30 pm ) aku, mak dan mak sedara ( mak su ) akan ke hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar menziarahi sepupu yg disahkan kanser rahim sejak awal tahun ini ( 2011 ). Sedih! Baru berusia 33 tahun beliau terpaksa menanggung kesakitan kanser rahim  peringkat 3 ( akan masuk peringkat 4  x lama lagi) ...ujian dari Allah yang maha hebat.Suami yang jarang2 melawat menambah sengsara di hati. Namun jauh di sudut ati, aku yakin dia seorang yg kuat dan tabah krn aku x pernah dengar dia merungut ttg keadaan dirinya...aku cuma mampu memberi sokongan dan doa semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidupnya..

Pengorbanan ibu yang x pernah letih..
Si ibu sentiasa di samping, sentiasa peka pada keperluan si anak. Sungguh aku kagum dgn ibunya ( yg kupanggil mak ndak ). Sejak dia masih muda sudah pelbagai ujian diterimanya, ditinggalkan suami, kemudian menjaga ibunya ( nenekku ) yang sudah uzur, kemudian menjaga adikku yang baru melahirkan anak sehingga habis pantang ( kerana kami tidak mempunyai emak kandung dan mak ndak adalah ibu susuannya,) kemudian menjaga anaknya yg menghidapi kanser hingga skrg...Ya Allah..hebatnya kekuatan yang Kau beikan kepada dia..

Pengajaran buatku juga...
Byk yg aku pelajari semasa menghabiskan cuti sek di kampung. Aku belajar mendalami kehidupan seorang tua yang sedang menghabiskan sisa2 umurnya, aku belajar menjadi anak yang taat kpada ibu bapaku , aku mengajar adik2ku mengaji sesudah maghrib sehingga membuatkan ayahku tersenyum gembira, dan aku berjemaah bersama nenek yang kelihatan sangat gembira selepas kami bersalaman tiap kali lepas solat...
Aku ingin berbuat baik pada semua orang. Sume yg kulakukan kerana Dia. Aku x mahukan ganjaran manusia tetapi aku berharap Allah memerintahkan malaikat yg sentiasa di sampingku mencatat dan memberatkan timbangan mihzanku ketika aku mengadapNya kelak! Demi Allah, terima segala amalanku yang sangat sedikit berbanding nikmat yg Kau berikan kpd ku...Amin...

Seruan kpd semua..
Mudah2an perjalanan hidup kita yang bersifat sementara ini memberi seribu keinsafan, kesyukuran dan rasa kehambaan kpd kita. Bersyukur dgn nikmat kesihatan yang x ternilai dariNya.. mudah2an kita  semua sedar bahawa kehidupan kita tiada erti nya sekiranya kita tidak serius menikmati keindahan Islam yang bertuhankan Allah.


Monday 12 December 2011

Lama betul tak up date blogg sendiri. Hari ni baru dapat. Tapi nak tulis ape ek? X de idea nih! Keje sekolah banyak nak buat tapi mud x ada. Signboard sek pun aku x nk masuk campur dah lepas makan ati dengan kata-kata sorang hamba Allah yang aku rasa x tau nak kata " terima kasih". Kalo bukan kerana Dia mesti aku angkat kaki dari sek tu. So, kepada sesiapa yang tidak tahu berterima kasih, itu tanda2 dia hamba yang sombong!

Kejadian sebelum cuti sekolah :

Majlis perpisahan Hajah Shamsiah yg lebih mesra di panggil kak Sham. Yang menariknya aku dapat berjumpa dengan mantan guru besar yg lebih mesra dipanggil cikgu Ipin. Yang lain2 tu biasa je. Emo je yg lebih. Heh!

Then aku pegi kursus kenaikan pangkat  sarjan di JB. Rupanya makin kita menuju ke usia tua, makin tinggi ego kita. Nape org tua jarang untuk mengalah dgn org muda? May be sbb tu org muda malas nk join program org tua. Sekali sekala mengalah x salah kan? Org muda mesti lg hormat. 

Balik umah, jumpa abang. Seronok sangat2! tapi seronok tu x lama bila abg mula sibuk. tapi aku kesiankan abg bila hak dia x dipeduli dan dianggap seperti pengemis. Sungguh aku ingin mengorbankan semua yang ku ada utk abg. Aku tolong abg semampu mungkin. Kepada Allah aku bermohon agar suamiku tidak dizalimi malah aku sering mendoakan agar abang diberi kekuatan.

Skrg aku di kg. Abg x bg aku blk Seremban. Nape ntah! Tunggu sampai abg jemput! Itu yg abg kata tiap kali aku kata aku nak blk umah. Rindu..huhu... so, aku abiskan masa dgn baca buku Tamar Jalis " Siri Bercakap dgn Jin".. seronok! buku tu last aku baca masa darjah 6 dulu tahun 1990. Dulu, kalo baca buku ni mmg takut nk gi tandas. sekarang baca dah x rasa apa2..agak2 idup lagi x Tamar Jalis? hehe..panjang umur la hendaknya dia...teringin nak jumpa dia.

Rasanya inilah cerita aku utk hari ini. Aku dengar nenek bebel cari ubat dia.. umur nenek dah 92 tahun. Dah x berapa sihat. Tapi aku kesian kat nenek. Kesian yg amat..aku takut kalo Allah panjangkan umurku, nasibku sama mcm nenek! 

Sekian..,jumpa lg di lain waktu.. tata

Thursday 6 October 2011

KSSR Tahun 2

Adakah guru-guru telah mengaplikasikan KSSR dalam pnp hari ini?..

Ya Allah...ampunkan aku..

Kenangan lama mengusik perasaan, ada rasa sendu yang tak tertahan..Ya Allah..ampunkan aku atas kelemahan dan kehinaan ini..

Wednesday 5 October 2011

Duhai Allah..

Aku memulakan hariku dengan mengingati RahmatMU dan kubenci dengan dosa2 yang telah kulakukan. Ampunkan aku dan dia yang membaca nukilanku ini..

Monday 19 September 2011

Kerja Satu Ibadah

Keje tak pernah kurang tapi makin bertambah. Memang kalo kita tak ikhlas, kita akan tensi tapi mari kita renungkan satu sabda Nabi  SAW yang mengatakan bahawa manusia boleh lalai dengan dua perkara iaitu masa lapang dan harta. Jadi, kesibukan bekerja sebenarnya telah selamatkan kita dari lalai. Tapi, jangan kita sibuk sampai lalai dari INGATKAN ALLAH.. Luv u all!!!

Friday 16 September 2011

Ibroh Hari ini~

Perkahwinan dalam Islam selain dari menghalalkan yang haram, ia juga penyatuan dua jiwa, melapangkan hati pasangan, jiwa dan raga. Malam tadi Uda ( panggilan mesra untuk adik ipar ) selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz..Alhamdulillah...walaupun muka pucat lesi kerana debaran yang tidak dapat dikongsi dengan yang tersayang, namun kerana rahmat dan kasih sayang Allah semua berjalan dengan baik. Syukur...tahniah Uda! doaku sentiasa buatmu...