Monday 12 December 2011

Lama betul tak up date blogg sendiri. Hari ni baru dapat. Tapi nak tulis ape ek? X de idea nih! Keje sekolah banyak nak buat tapi mud x ada. Signboard sek pun aku x nk masuk campur dah lepas makan ati dengan kata-kata sorang hamba Allah yang aku rasa x tau nak kata " terima kasih". Kalo bukan kerana Dia mesti aku angkat kaki dari sek tu. So, kepada sesiapa yang tidak tahu berterima kasih, itu tanda2 dia hamba yang sombong!

Kejadian sebelum cuti sekolah :

Majlis perpisahan Hajah Shamsiah yg lebih mesra di panggil kak Sham. Yang menariknya aku dapat berjumpa dengan mantan guru besar yg lebih mesra dipanggil cikgu Ipin. Yang lain2 tu biasa je. Emo je yg lebih. Heh!

Then aku pegi kursus kenaikan pangkat  sarjan di JB. Rupanya makin kita menuju ke usia tua, makin tinggi ego kita. Nape org tua jarang untuk mengalah dgn org muda? May be sbb tu org muda malas nk join program org tua. Sekali sekala mengalah x salah kan? Org muda mesti lg hormat. 

Balik umah, jumpa abang. Seronok sangat2! tapi seronok tu x lama bila abg mula sibuk. tapi aku kesiankan abg bila hak dia x dipeduli dan dianggap seperti pengemis. Sungguh aku ingin mengorbankan semua yang ku ada utk abg. Aku tolong abg semampu mungkin. Kepada Allah aku bermohon agar suamiku tidak dizalimi malah aku sering mendoakan agar abang diberi kekuatan.

Skrg aku di kg. Abg x bg aku blk Seremban. Nape ntah! Tunggu sampai abg jemput! Itu yg abg kata tiap kali aku kata aku nak blk umah. Rindu..huhu... so, aku abiskan masa dgn baca buku Tamar Jalis " Siri Bercakap dgn Jin".. seronok! buku tu last aku baca masa darjah 6 dulu tahun 1990. Dulu, kalo baca buku ni mmg takut nk gi tandas. sekarang baca dah x rasa apa2..agak2 idup lagi x Tamar Jalis? hehe..panjang umur la hendaknya dia...teringin nak jumpa dia.

Rasanya inilah cerita aku utk hari ini. Aku dengar nenek bebel cari ubat dia.. umur nenek dah 92 tahun. Dah x berapa sihat. Tapi aku kesian kat nenek. Kesian yg amat..aku takut kalo Allah panjangkan umurku, nasibku sama mcm nenek! 

Sekian..,jumpa lg di lain waktu.. tata

No comments: