Tuesday 27 December 2011

Hari Yang memenatkan..


25.12.2011...
Aku mengemaskan pakaian ke dalam beg dengan rasa senang hati. Rindu juga pada negeri Sembilan, tempat aku mencari rezeki dan bertemu mereka2 yang sangat bermakna buatku...ibu,adik dan adik ipar sibuk menyediakan makan malam di dapur. Aku mengambil masa hampir 1 jam untuk berkemas. Maklumlah...hampir sebulan bercuti di kampung. hehe..puas ati aku!

Selepas mandi dan solat Isyak, aku makan malam bersama keluarga. Sekadar berlaukkan gobis goreng, ikan puyu, haruan dan sepat yang digoreng, sambal bilis, sambal belacan berulamkan timun sangat menyelerakan. Makan sambil berborak kosong dan ayah yang tak habis2 mengusikku mmg rasa semakin menyelerakan. haha!

Jam 10 malam akhirnya aku dan suami berangkat pulang. Semasa bersalaman dengan keluarga, aku perasaan wajah2 yang melepaskan aku dengan rasa berat ati. ( x taulah kot2 aku je yang perasan ) cuma nenek je yang x sempat aku cium tangannya kerana keadaan nenek yang uzur membuatkan dia tidur lebih awal.
Dan ayah...wajahnya sayu memandangku tetapi ternyata disembunyikan di sebalik senyuman dan usikannya yang x habis2...dia...insan yang telah banyak berdiskusi denganku tentang kisah2 nabi dan sahabat serta beberapa hukum fiqh..terima kasih ayah..

Baru sampai di tol alor Setar suami meminta aku memandu. Ngantuk katanya. Aku menjadi driver dari tol Alor Setar hingga Hentian Sungai Perak. Pas tu dah rasa pening2. Masa tu jam pukul 12.30 a.m dan suami meneruskan pemanduan hingga ke seremban jam 4.00 pagi. Aku? Krohhhh je la. Penat beb!

Sampai di rumah masyaallah!!!!rumah bersepah! Padahal sebelum balik alor setar aku dah clearkan awal2 lagi. Kemas! Tapi keadaan sekarang? Betul ke rumah aku ni? huhuhu.. aku mmg pantang tgk rumah bersepah. Aku blh nangis sbb tensi. heheh! mau x mau jam 4 pagi tu juga aku kemas rumah. Basuh pinggan, mop lantai, sapu sampah dan lain2. Jam 5.15 ( lebihkurang ) aku baring2 sambil  tgk tv sementara tunggu Subuh.

Penat sangat2. Bangun jam 11 pagi.. ( jujur tak aku?)  aku terus basuh baju dan masak. Perut lapar giler! Masak simple2 je..suami ok..x kisah sangat bab makan ni.. pas makan, aku teruskan dengan aktiviti meng"edit" buku2 dari sebuah syarikat penerbitan. Banyakkkk!!! macam2 perasaan aku time tu. Tapi bila dapat betulkan niat dan ikhlaskan hati baru aku dapat buat dengan aman...huhu..sesungguhnya niat kerana Allah baru anggota badan dapat bekerja dengan baik... pemerintah ( hati ) perlu diperbetulkan dulu...

Masa aku tulis citer aku ni, rumah pun still bersepah. Esok meeting kat sek. Wah...dah tentu byk kerja dok tunggu...mudah2an Allah menulis pekerjaan ku ini satu ibadat yang diberkatiNya...aminn..
dan ketika ini dalam fikiranku terbayangkan nenek dan sepupuku yang menderita...andai aku dapat bersama mereka....

No comments: