Wednesday 18 September 2013

Ustaz Kata Hijab Aku Terbuka??

Cerita ini bukan rekaan tapi BENAR. Ingin ku kongsikan di sini bukan bertujuan untuk riak atau berlagak. Tapi sekadar berkongsi pengetahuan tentang perkongsian alam antara dua maklhluk. Makhluk kasar dan makhluk halus!
Cerita ini berlaku lebih kurang seminggu sebelum Ramadhan 2013. Waktu itu lebih kurang pukul 9 malam. Masa tu aku sedang menonton tv. 
Entah nape tiba2 hati ni teringin nak menjenguk ke luar tingkap. Tingkap rumah aku dengan rumah jiran sebelah saling berhadapan. Kadang2 berborak pun dekat tingkap je.. Beza rumah kami cuma satu. Rumah aku x de beranda tapi rumah jiran aku ada beranda yang boleh memuatkan lebih kurang 10 ke 15 orang tetamu. Biasanya tetamu yang datang hanya akan berbual di beranda.
Masa aku jenguk ke tingkap tu aku nampak satu kumpulan lelaki yang datang dari arah surau yang hanya selang beberapa buah rumah dari rumah aku. Masa tu memamg orang surau baeu selesai menunaikan solat isyak. Jumlah mereka lebih kurang 10 orang. Ada yang berbaju melayu putih berkain pelekat. Ada yang berbaju melayu putih. Warna baju mereka semua berwarna cerah. Yang pasti mereka memakai kopiah putih. Mereka memasuki beranda rumah jiran aku dan terus duduk sambil membentuk sebuah halaqah ( bulatan ). Di tangan mereka aku tidak  nampak mereka membawa atau memegang Al Quran. 
Aku dengar mereka seperti membaca Al Quran tetapi secara bergilir2. Lebih kurang macam kharam Al Quran.
Aku tiba2 jadi marah pada suami aku yang kebetulan tiada di rumah. Geram kerana suami aku tidak menyertai program seperti itu. "Dah la rumah jiran. Nanti apa plak kata jiran aku!"
Kejadian itu aku saksikan hampir 3 malam berturut2. Bila aku bebel kat suami dia kata " abang tak tahu pun. Ustaz Hakim ( panggilan pada jiran rumah aku ) tak cakap apa- apa pun."
Cerita itu akhirnya mati di situ sehinggalah aku berbual dengan isteri ustaz Hakim pada suatu pagi. Itu pun kerana aku ingin bertanya tentang budget untuk buat kenduri arwah di rumah aku nanti.
" Akak, masa akak buat majlis hari tu akak kira satu kepala RM berapa?" soalku ketika sedang menyidai pakaian di pagar rumah. Aku lihat kak As kelihatan berkerut2. 
" Bila akak buat majlis? Dah lama dah tak buat majlis." 
" Ada la kak..malam tu yang ramai2 ngaji kat rumah akak tu?" kak As diam lagi dan kelihatan cuba mengingat. 
" Mesti akak dah lupa. Masa tu dekat-dekat nak puasa."
" Tak de la Anis. Last akak buat kenduri pun dua tahun lepas. Masa tu kan akak dengan abang nak fi Mekah. Akak pun dah lama x jemput orang surau" aku tersentak. Habis tu siapa yang aku nampak malam tu? 
" Cuba akak tanya ustaz dengan anak2. Akak lupa ni..." usulku menyakinkan lagi kak As. Dia sekadar mengangguk. Cerita itu terhenti begitu saja. Jadi aku sangkakan memang kak As yang lupa dan aku yang betul. Hehe...
Suatu hari dalam dua minggu selepas aidilfitri, kak As memanggil aku.
" anis, akak dah tanya kat abang dengan anak2. Memang akak dah lama tak buat kenduri. Tapi abang Ndak ada tanya ustaz dia di Ma'had. Ustaz tu kata apa yang anis nampak tu menang bukan manusia." Time tu aku tak tahu nak cakap apa.
" ustaz tu kata " group" yang anis nampak tu sebenarnya ada 5 orang saja. Mereka ikut akak balik dari mekah dua tahun lepas. Mungkin sekarang "dia"dah berkawan di sini. Sebab tu anis nampak tu ramai." Aku diam lagi. Rasa tak percaya pun ada.
" Abang Ndak tanya ustaz dia, macam mana jiran saya tu boleh nampak? Ustaz tu jawab mungkin hijab dia terbuka. Dan jiran kamu tu pun orang baik2." 
" Dia" yang dimaksudkan di situ ialah aku. Aku?? Hijab aku terbuka?? Aku seoerti bermimpi tapi pada masa yang sama nak tergelak pun ada. Dan baru2 ini pun aku still nampak kumpulan lelaki dari arah surau tu datang dan kadang2 mereka seperti membuat majlis Marhaban di situ sambil berdiri tapi kali ini bilangan mereka lebih ramai. Kejadian itu akan berlaku setiap kali selepas selesai solat isyak di surau. Kali ini aku tidak berhasrat nak ceritakan pada kak As  lagi. Cukuplah aku sorang yang menyaksikan peristiwa itu. 
Kalo anda nak percaya atau tidak terpulanglah. Aku sendiri masih tak percaya tapi aku dah lali menyaksikan perustiwa itu. Mungkin Allah ingin menunjukkan pada aku bahawa seluruh makhluk yang hidup di bumiNya masih ada yang menyembah Allah walaupun mereka bukan manusia. Dan manusia tetap tidak mahu menyembah Allah walaupun mereka adalah sebaik2 ciptaanNya..
Semoga Allah memberi hidayah kepadaku supaya aku lebih banyak beribadah kepadaNya.

Published with Blogger-droid v2.0.10