Tuesday 26 March 2013

Ujian Hidup Tidak Bermusim






Assalamualaikum...salam 1 Malaysia.

Ketika jari jemari ini sedang membenamkan huruf2 untuk menjadi satu perkataan, di dalam minda ini penuh dengan seribu persoalan.

Hari ini dan hari2 sebelumnya adalah hari yang tidak menggembirakan. Allah sedang menguji keimanan dan kekuatan hamba yang kerdil ini. Selepas satu berita sedih sampai ke telinga ini, satu lagi berita sedih berganti dan kemudian datang lagi. Satu demi satu aku terima sehingga terasa lutut ini seperti tidak bertulang. Ketika ini minda positif sedang cuba menguasai seluruh jasad. Begitu juga minda negatif. Kedua2nya seperti beradu kekuatan...



Memang pada saat ini aku yakin dengan firman Allah " sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan menyediakan bagiNya jalan keluar"

Walaupun air mata ini tumpah ketika bersendirian, aku yakin bahawa aku masih mampu bertahan untuk melangkah. Sehingga dada ini terasa penuh dengan rasa pasrah. Mungkin pada saat ini Allah sedang menghulurkan tanda ingataNya padaku. Maka aku yakin bahawa dipenghujung hidupku ada jaminan hadiah dariNya...maka aku ihklas menerima setiap ujian dan musibah ini supaya aku jadi seperti pejuang yang berjuang sehinnga hembusan nafas yang terakhir ...







Monday 25 March 2013

Pesanan Untuk Para Pendidik...



Assalamualaikum sahabat2 semua..

Inilah kali pertama saya dapat up date blog bagi tahun 2013 setelah sibuk dengan tugasan.
Sehinggs Mac 2013, sekolah saya tidak sunyi dengan Lawatan Penanda Aras PBS. Malah baru -baru ini saya dijemput menyampaikan taklimat kepada sekolah2 yang memerlukan bantuan dalam menjayakan PBS KSSR.

Sebagai pendidik, saya bermohon kepada semua yang terlibat agar tidak mudah melenting terhadap sebarang perkhabaran yang kurang enak. Tidak semua orang suka pada bad news termasuk saya. Tapi perkhabaran seperti ini adalah satu nilai ukur di aras mana kesabaran kita? Atau kesabaran kita "zero?"


Dalam melaksanakan PBS banyak rungutan yang singgah di telinga saya. Saya bukan jenis yang simpati. Impati adalah yang lebih baik, Rata-rata rungutan ini berpunca dari sikap sendiri. menunding jari dan bersuara lantang tapi akhirnya terkena batang hidung sendiri. Kesian... Tuntut lah ilmu walau sekecil mana pun ilmu itu. Selagi ia benama ilmu, selagi itulah ia memberi menafaat.

Bekerja sama dan memberi kerjasama adalah satu kunci kesenangan. PBS memang sukar jika tidak difahami. Atau dengan lebih tepat " tidak dapat difahami". Di awal kemunculannya, saya sendiri teraba-teraba mencari makna PBS, ke mana hala tujunya?. Bersama dengan sahabat baik, kami berganding bahu dan bersusah payah ke setiap ceruk untuk mencari makna sebenar PBS. Saya akui sepanjang menempuh kepayahan itu, saya menjadikan ulama sebagai sumber kekuatan. Imam Shafie sendiri sanggup mengembara berbulan2 demi mendengar sebuah hadis sohih. Kenapa tidak kita mengambil contoh darinya? Bukan berbangga, tapi bila mengenangkan anak didik dan amanah dari pihak berkenaan, tiada guna kita melawan arus.



Berkat kesusahan saya dan sahabat, kini sekolah saya berjaya dan terkenal di sini. Sehingga menjadi rebutan dari kalangan pentadbir untuk menjadi ketua di sini. Kami di sini sudah menjadi satu team dan sudah diberi gelaran Team PBS. Memang tidak senang unttuk sampai ke tahap ini. Jika anda positif saya yakin yang susah akan jadi mudah.

Sekian..