Tuesday 26 March 2013

Ujian Hidup Tidak Bermusim






Assalamualaikum...salam 1 Malaysia.

Ketika jari jemari ini sedang membenamkan huruf2 untuk menjadi satu perkataan, di dalam minda ini penuh dengan seribu persoalan.

Hari ini dan hari2 sebelumnya adalah hari yang tidak menggembirakan. Allah sedang menguji keimanan dan kekuatan hamba yang kerdil ini. Selepas satu berita sedih sampai ke telinga ini, satu lagi berita sedih berganti dan kemudian datang lagi. Satu demi satu aku terima sehingga terasa lutut ini seperti tidak bertulang. Ketika ini minda positif sedang cuba menguasai seluruh jasad. Begitu juga minda negatif. Kedua2nya seperti beradu kekuatan...



Memang pada saat ini aku yakin dengan firman Allah " sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan menyediakan bagiNya jalan keluar"

Walaupun air mata ini tumpah ketika bersendirian, aku yakin bahawa aku masih mampu bertahan untuk melangkah. Sehingga dada ini terasa penuh dengan rasa pasrah. Mungkin pada saat ini Allah sedang menghulurkan tanda ingataNya padaku. Maka aku yakin bahawa dipenghujung hidupku ada jaminan hadiah dariNya...maka aku ihklas menerima setiap ujian dan musibah ini supaya aku jadi seperti pejuang yang berjuang sehinnga hembusan nafas yang terakhir ...







No comments: