Pengorbanan ibu yang x pernah letih..
Si ibu sentiasa di samping, sentiasa peka pada keperluan si anak. Sungguh aku kagum dgn ibunya ( yg kupanggil mak ndak ). Sejak dia masih muda sudah pelbagai ujian diterimanya, ditinggalkan suami, kemudian menjaga ibunya ( nenekku ) yang sudah uzur, kemudian menjaga adikku yang baru melahirkan anak sehingga habis pantang ( kerana kami tidak mempunyai emak kandung dan mak ndak adalah ibu susuannya,) kemudian menjaga anaknya yg menghidapi kanser hingga skrg...Ya Allah..hebatnya kekuatan yang Kau beikan kepada dia..
Pengajaran buatku juga...
Byk yg aku pelajari semasa menghabiskan cuti sek di kampung. Aku belajar mendalami kehidupan seorang tua yang sedang menghabiskan sisa2 umurnya, aku belajar menjadi anak yang taat kpada ibu bapaku , aku mengajar adik2ku mengaji sesudah maghrib sehingga membuatkan ayahku tersenyum gembira, dan aku berjemaah bersama nenek yang kelihatan sangat gembira selepas kami bersalaman tiap kali lepas solat...
Aku ingin berbuat baik pada semua orang. Sume yg kulakukan kerana Dia. Aku x mahukan ganjaran manusia tetapi aku berharap Allah memerintahkan malaikat yg sentiasa di sampingku mencatat dan memberatkan timbangan mihzanku ketika aku mengadapNya kelak! Demi Allah, terima segala amalanku yang sangat sedikit berbanding nikmat yg Kau berikan kpd ku...Amin...
Seruan kpd semua..
Mudah2an perjalanan hidup kita yang bersifat sementara ini memberi seribu keinsafan, kesyukuran dan rasa kehambaan kpd kita. Bersyukur dgn nikmat kesihatan yang x ternilai dariNya.. mudah2an kita semua sedar bahawa kehidupan kita tiada erti nya sekiranya kita tidak serius menikmati keindahan Islam yang bertuhankan Allah.
No comments:
Post a Comment