Ayah...rindunya pada wajah ayah. Ada pelbagai riak pada wajahnya yang sukar dirungkaikan...namun aku tahu jauh di dasar hati ayah, dia mengharapkan anak2 menjenguknya...aku selalu mendoakan ayah bahagia pada saki baki umurnya yang ada..walaupun jarak antara kami jauh, terhalang oleh negeri wilayah, perak dan P. Pinang. doaku diharap didengar olehNya tanpa hijab...
Pernah ayah berkata padaku " jom kita pergi umrah nak tak? kita pergi ramai2. Bawa mak dengan adik2." Aku terpegun seketika. Bukankah ayah dah menunaikan haji dulu? adakah ayah masih tidak puas? Seperti mendengar suara hatiku ayah menyambung " ayah tau ayah dah pergi haji tapi ayah teringin nak bawa mak dengan adik2 ke sana. Sama2 tengok Mekah macam ayah pernah tengok." Aku terdiam sejenak sebelum bersuara " insyaallah...ayah kumpul duit dulu. Nanti dah cukup kita pergi sama2 ye.." namun dalam diam2 aku berazam untuk menunaikan keinginan ayah sebelum salah seorang dari kami menutup mata selama2nya...
Panggilan suami mengembalikan aku ke alam nyata. Sambil menutup api dapur aku tanamkan azam untuk menyimpan wang simpanan membantu ayah. Dan suami tersenyum melihat cucur udang kegemarannya telah terhidang di depan mata.
No comments:
Post a Comment