Friday 6 January 2012

Azam 2012

06.01.2011

Azam 2011 tidak tercapai sebab kelalaian sendiri. Tahun ni mcm mana pulak? Tak guna memasang azam yang banyak kalo setakat azam macam " nasi panas ". Time panas mmg sedap dimakan tapi time sejuk? hmmm..aku? aku pun ada azam. Serba salah nak tulis or tak. Cukuplah Allah yang tau dan mudah2an Dia memberiku kekuatan untuk menunaikannya..

Pada malam tahun baru, serbuan oleh PERKEDA, ISMA dan JAINS dibeberapa buah lokasi maksiat mendapat hasil yang sangat memeranjatkan dan merisaukan apabila tangkapan pasangan khalwat termuda berumur 13 tahun. Keduanya ditangkap di dalam BILIK HOTEL! Beberapa pasangan MAHASISWA dan MAHASISWI dan pasangan remaja lepasan SPM!

Keesokan hari pasangan2 yang dicekup ini dipaksa menghadiri kursus jenazah dan ketika berlangsungnya kursus ini pegawai2 yang bertugas diserang oleh ibu bapa yang ingin membela anak mereka. Tuduhan dilemparkan dan menuduh bahawa pegawai berkenaan seorang yang jumud kerana remaja sekarang tidak boleh bersosial. " Ingat ni zaman hang tuah?!" Tengking si bapa kepada pegawai berkenaan.

Persepsi kita mendengar cerita ini? Umat2 Muhammad di akhir zaman. Mereka tidak tahu bahawa Muhammad s.a.w ketika diberitahu Jibril bahawa penghuni  neraka ke tujuh adalah umatnya, maka pengsan baginda kerana sedih. Setelah sedar dari pengsan baginda menangis kesedihan malah Jibril sendiri turut serta menangis bersama baginda..

Jadi, padamlah nyalaan api neraka itu dengan air mata taubat seperti yang diajarkan oleh Jibril kepada nabi kita. Bukan berbangga dengan dosa yang kian sarat.  Maka jangan jadikan diri kita seperti hadir ke dunia tanpa erti dan mati seperti bangkai...jadi jika anda bergelar ibu bapa, apa jaminan anda bahawa bila anda meninggal kelak, akan ada "kiriman" dari anak anda? Fikir2kanlah....


No comments: