Sunday 29 January 2012

Jadilah manusia yang berguna kepada saudara seagama...







Dalam zaman yang semakin menuju ke penamat sebuah kehidupan, dan alam yang semakin pendek hayatnya, tidak ramai manusia yang mahu berlumba2 membuat amal kebajikan. Tidak  ramai yang mahu membeli saham akhirat yang sangat menjamin keuntungannya...



Manusia pada usia yang semakin singkat tidak mahu melakukan amal yang tidak memberi keuntungan berupa wang atau sebarang harta benda kepada dirinya. Singkatnya akal manusia kerana jahil. Jahilnya manusia kerana sangat rapuh dek desakan kehidupan yang sebenarnya ujian dari Allah. Firman Allah:
" Sekiranya Aku ingin memberikan kesenangan kepada hambaKu maka tiada sesiapa yang dapat menghalang dan jika Aku ingin memberi keburukan kepada sesorang, tiada siapa yang dapat menahanKU"

 Allah berfirman lagi bahawa setiap amalan baik atau buruk walau sebesar zarah tetap akan dihitung kerana sesungguhnya Allah sebaik2 penghitung.

Kenapa peluang di depan mata, tatkala saudara ditimpa musibah, saudara yang memerlukan khidmat kita, kita memandangnya dengan enteng, kosong? Kenapa kita tidak mahu menjadi manusia yang berguna kepada orang lain? membantu meringankan beban yang dipikul pasti Allah akan membalas dengan seribu kebaikan malah turut didoakan oleh saudara sendiri.

Tidak perlu melihat kesusahan saudara kita tanpa pandangan akal. Hiburkan hati saudaramu, pasti Allah menghiburkanmu, bantulah saudaramu, pasti Allah membantumu. Walau tidak diberi ganjaran pasti ganjaran Allah seribu kali lebih baik.

Perlukah difikirkan diri sendiri dengan mengabaikan kebajikan orang lain? Kita selalu alpa tatkala syaitan meniup ke hati kita dengan nikmat dunia. Tatkala Allah menguji kita dengan kesempitan rezeki, kepayahan mencari harta, makin dicari makin jauh ia pergi dan mencicip dari kita. Kenapa dan kenapa? Terlintaskah di hati kita, adakah ini ujian atau musibah? Muhasabah lah diri sendiri. Sejauh mana bakti kita kepada orang disekeliling kita? Klau kita tidak mahu berbakti, maka tiadalah yang mendoakan kita dan bila tiada yang mendoakan kita, maka rugilah kita..


Teguran ini buat diriku jua yang sering memberi peluang kepada iblis membisikkan rasa kurang senang  terhadap sesuatu pemberian, sering lupa bahawa setiap yang kumiliki adalah milik Allah. Mudah2an Dia tidak mencalonkan aku sebagai orang yang lalai dari mengingatinya...amin...

Rasulullah berwasiat, bersihkan hatimu dengan rasa ikhlas...

Laksanakan wasiat baginda nescaya anda akan didorong rasa ingin beramal . percayalah..

Aku bukan insan yang baik tetapi aku cuba menjadi hamba yang baik...

 ... , gambar animasi “terima kasih”, ucapan thank you, di blog Anda

No comments: