AHAD
3.50 PAGI
Sekitar jam
3.50 pagi, sewaktu aku dan suami terlelap diruang tamu, telefon suami berbunyi
sebanyak dua kali. Dari ringtone yang telah di setting suami, aku tahu
panggilan itu datangnya dari adik beradik suami. Hari mula berasa tidak enak. Seperti
perkara buruk telah berlaku. Dari perbualan suami, aku tahu panggilan itu
datang dari alang. Wajah Ain ( anak alang baerusia 7 tahun menjelang 2013) mula
memenuhi ruang fikiran.
“ Nape abang?
“
“ Ain
sakit. Alang hantar ke PUSRAWI”.
Aku
terdiam. Sangkaanku memang benar. Sekali lagi Ain diserang sawan. Tapi kali ini
lebih teruk. Sebenarnya aku kurang setuju bila keluarga alang menghantar Ain
berubat cara hospital. Dalam awal bulan 12 baru ni pun Ain dah ditahan di HUKM.
Lepas dilakukan ujian MRI, doktor mengesahkan Ain mengidap sawan.
Setelah meneliti
tanda-tanda penyakit yang dihidapi Ain, aku tahu penyakit Ain ada kena mengena
dengan gannguan makhluk lain. Dulu sewaktu di zaman sekolah dan UIA aku aktif
mengikut ustaz-ustaz dan kawan-kawan merawat pelajar yang diganggu makhluk
halus ni. Jadi sedikit sebanyak pengalaman itu dapat aku gunakan untuk diri
sendiri dan membantu orang lain.
Sebelum kami
bertolak ke PUSRAWI, aku sempat menunaikan solat sunat, Membaca doa dihindari
syaitan dan doa nabi Sulaiman. Mohon supaya Allah memberi perlindungan kepada
kami sepanjang perjalanan ke PUSRAWI. Jam ketika itu pukul 4.30 pagi. Sampai di
sana kami dapati Ain dimasukkan ke ICU kerana Ain meracau-racau dan kelihatan
agresif. Terus Ain diberi ubat penenang. Aku lihat wajah Kak Lang ( mama Ain )
sugul. Aku menyalami Kak Lang dan sempat menggosok-gosok belakang Kak Lang
tanda simpati. Mata Ain terpejam rapat. Dia diberikan bantuan oksigen. Ada wayar-
wayar lain dipasang di badan Ain. Demi Allah, aku rasa Ain adalah kanak-kanak
yang dipilih Allah kerana dia insan yang
istimewa.
Perlahan aku
dekati Ain. Tangannya kupegang. Sambil membaca ayat-ayat suci aku meniup kea
rah Ain. Tiba-tiba tangan yang ku pegang Ain tidak semena-mena menjadi lemah.
Aku mula berasa tidak enak. Memang perkara itulah yang aku tidak inginkan. Sebaik
azan Subuh aku minta izin dari suami untuk menunaikan solat. Sambil memikirkan
Ain, aku cuba mengubati tangan sendiri. Alhamdulillah…ternyata ia bertambah
baik.
Sekitar jam
7.00 pagi aku membawa anak-anak buah yang lain bersarapan. Suami memilih
restaurant Haslam. Tiba-tiba kaki kiriku terasa kejang. Aku biarkan saja. Aku
tahu ia perlu dirawat. Sementara menghabiskan sarapan, aku sempat mencungkil
cerita dari angah ( abang Ain ) tentang bagaimana Ain mula sakit dan meracau.
Angah kata pukul 2 pagi dia Nampak Ain bangun dan duduk. Matanya memandang ke
sudut sebelah kiri. Dia kelihatan termenung.
“Angah
terus kejutkan mama. Bila mama bangun Ain mula meracau-racau. Lepas tu Yoi (
sepupu angah ) bacakan Yasin, papa bacakan Ayat Kursi. Mama pasangkan ayat
Ruqyah. Ha! Masa tu la Ain melawan makin teruk. Papa pun panik dan terus bawa
Ain ke sepital.” cerita sambil menikmati
sarapan.
Aku semakin
faham tetapi sekadar membatu diri . No komen. Aku pun bukan pandai sangat nak
mengomen.
Pukul 8.00
pagi adik beradik suami pun sampai. Dorang terus ke ICU dan jumpa Ain. Masa tu
Ain dah sedar. Aku dan suami menunggu di lobi PUSRAWI. Kata alang Ain akan
dibawa buat ujian MRI lagi sekali. Aku diam.
Tak lama
lepas tu Along ( kakak suami ) dan yang lain mendapatkan kami. Along kata Ain
dah sedar tapi dia macam tak tentu arah. Bila orang panggil nama dia, dia akan
larikan pandangan. Matanya meliar. Tak mahu bertentang mata.
Dan ketika
itu, aku rasa itu bukan Ain!
Aku tanya
kak Lang, apa yang Ain sebut masa dia meracau?
“Tak jelas
sangat. Tapi antara yang kak lang perasan, dia ada sebut “tolong”.
Alang plak
cerita, masa dia bacakan ayat Kursi kat Ain, Ain kata “ tak payah la” tapi
suara Ain tu garau. Itu bukan suara Ain!
Aku mencandangkan
kepada suami supaya membawa Ain untuk dirawat secara perubatan Islam. Kalau dibiarkan
perkara ini akan terus berulang. Pergi ke mana2 sepital pun, doktor akan sahkan
Ain mengidap sawan. Kata suami, kita tunggu result MRI dulu.
Sekitar jam
1 petang aku dan suami kembali ke Seremban. Dan alang berjanji akan menghubungi
kami untuk sebarang perkembangan.
ISNIN
9.30 PAGI
Suami
telefon Alang untuk tanya khabar Ain. Kata doktor semasa imbasan MRI di otak
Ain, didapati ada kesan calar tapi itu mungkin ada sejak Ain lahir. Tetapi sawan yang dihidapi Ain bukan sawan biasa
kerana semasa sawan itu berlaku Ain seolah-olah sedang mendengar
bisikan-bisikan suara yang bercakap dengannya. Atau dalam erti kata lain Ain
mengalami gangguan makhluk halus. Itulah kata doktor yang merawatnya..
Hmm…macam
mana Ain nak sekolah 2 hb ni. Orang kat sekolah, dia dekat sepital. Ketika ini,
alang dan keluarga sedang merancang-rancang untuk membawa Ain berubat secara
perubatan Islam.
Apa yang
aku kesalkan ialah aku tidak mampu untuk membantu Ain. Kesihatanku sendiri
tidak mengizinkan. Aku sudah tidak sekuat dulu, sewaktu bersama2 dengan rakan2
membantu mereka yang dirasuk…. Apa yang aku mampu lakukan ialah memberi
pendapat dan berdoa untuk Ain..
No comments:
Post a Comment