Sunday 9 June 2013

Beginilah cara aku merawat hati~

Alhamdulillah... :)

Cuti sekolah ni memang aku menfaat dengan sebaiknya. Walaupun tak dapat bercuti ke tempat2 yang menarik seperti rakan2 lain, sekurang2nya aku dapat bersama ayah, mak, adik beradik dan saudara mara yang lain, menyambung semula ikatan mahaballah sesama Islam :)


1 JUN 2013

Aku melompat2 kegembiraan bila abang cakap " Ayang, kemas baju cepat. Kita balik kampung." Hati siapa tak suka setelah seminggu dikuarantinkan di rumah tanpa ke mana2. Boring yang teramat. Selain dari memasak, membasuh dan mengemas rumah, apa lagi yang aku boleh buat? :(


Malam tue abis je tengok perlawanan bola Pahang VS JDT terus je kami bertolak. Memandangkan suamiku perlu ke KLIA dan Shah Alam untuk urusan kerja, so dialah yang drive sementara aku ambil mud untuk tido. Manalah tau kot2 abang mengantuk dan suruh aku plak jadi driver.



Sangkaanku memang tepat. Sampai kat Perak abang berhenti tido dan aku menawarkan diri untuk memandu. Abang ok jer.  Sampai kat Changkat Jering hujan turun mencurah2. Macam terharu jer nak lepaskan aku je Alor Setar. Ngeee!! Hujan terus lebat sehingga aku ambil keputusan untuk singgah kat Hentian Rehat Gurun untuk sapan pagi. Masa tu pukul 9.30 pagi. Patut la laparrr...

Sekitar jam 11.30 pagi, kereta aku mula masuk ke negeri Kedah jelapang padi, keadaan gelap macam nak hujan. So suami aku yang tengah mamai, aku paksa dia amek gambar jugak. Nampak tak pokok hujan tue? Bukan yang warna hijau tue! Yang warna kelabu pekat tue lah. Haaa!!! Mesti ada yang tak pernah tengok pokok hujan.. Ahaks!




 Ya tuhan! Rindunya kat kampung nie.. :)
Ni adalah gambar2 yang sempat suami aku amek. Cantik kan Kampung Sg. Korok? Ni lah kampung kelahiranku.. mmmuaahhhhh!


Sungai depan rumah...


Yang ni plak gambar dari seberang jalan. Kalo nak ke Ayer Hitam ikut jalan belakang, korang akan jumpa sungai yang besar ni. Kadang2 orang kampung akan menjala ikan di sini. Tapi sungai ni banyak menyimpan nostalgia dalam hidup aku..sungai inilah yang menelan tubuh arwah kakakku dan sungai ini jugalah yang nyaris meragut nyawaku suatu tika dulu. Hurmmmm...syahdu kan?

Dah lah! Tak nak ingat sume tue. Yang lepas tu biarlah kan?


Ni gambar petani yang sedang membajak sawah. Kalo sesetengah sawah, dah siap membaja dah. Tinggal nak tunggu padi tue besar sikit untuk di tanam di tempat2 yang padi tak tumbuh. Nanti aku tunjuk kat korang.


Ni orang panggil anak padi. Bukan rumput tau! Masa ni lah petani akan meracun serangga perosak macam siput or ulat. Barulah padi akan menjadi nanti. Faham tak?

Arghhh!! Penat la nak citer sume. Ni baru hari pertama tau. Tunggu hari kedua plak yer :)

3 JUN 2013

Hari ni aku manja2 dengan mak. Nak makan tepung bungkus. Aku tak tau la kat tempat lain orang panggil kuih apa. Sedap...... Mak kata dah lama tak buat kuih ni. Aku merengak dengan mak. " Sampai hati mak tak nak buat. Teringin ni makk..kesian la kat orang..."

Akhirnya mak pun mengalah. So aku dan adik2 bahagi tugas. Mak ambil dan asapkan daun pisang. Adik aku Syakirah, bancuh tepung dan aku plak menguli inti. Heee.. :) Nak tengok tak??


Nie inti dia yang aku uli. Hehehe..punyalah mengantuk time menguli benda nie. Kul 3 petang plak tue.


Tepung untuk balut inti. Guna tepung pulut tau!


Ni untuk kepala dia. Nie yang paling sedap. Guna tepung beras campur santan dan garam. ( Aku agak2 jer ) hehehe : D



Siap di kukus! Dannnnn


 Sedia di makan! Yummyyy!! Tq makkk~

6 JUN 2013

Pagi2 lagi aku dah ajak adik aku bersihkan laman belakang rumah. Penuh rumput dan lalang. Berpeluh jugak la..Korang jangan komplen plak tengok umah aku yang semak ni. Aku bebel jugak la kat adik2 aku sebab biarkan belakang umah camni. "Memang la tak de sapa nak tengok tapi kalo ular masuk camna?" Dorang diam jer. Hurmmm..


Sapa nak kuruskan badan, meh ler!


 Bukan menung laaa.. tu haa..tengok api tu. Kot2 terbakar rumah plak.


" Penat la kakak..." Adik aku tu menyengih je kejenya...


 Ni pun satu hal lagi. Belakang umah aku ni boleh buat lokasi mencari harta karun. Aduhhhh! Cer tengok sapalah yang pakai helmet  sambil menyorok tu? Sebenarnya dia kena bakar ikan. Tak tahan asap. Sapa ntah! :)

7 JUN 2013

Hari terakhir di kampung memang menyedihkan. Petang tue aku amek keputusan nak turun ke sawah. Nak lepas rindu. Tempat yang penuh memori indah masa kecik2 dulu.


Hehehe.. sesuai tak jadi model beras? Ni la sawah padi kat depan belakang umah aku.
Masa nie aku teringat zaman kecik2. Rasanya umur aku dalam 5 tahun kot sebab ayah aku larat lagi nak dokong aku. Aku dan arwah kakak ( tua 2 tahun dari aku ) selalu ikut ayah ke sawah. Bukan tolong pun. Seronok berkubang jer. Macam kerbau. Bila balik dari sawah dalam pukul 7.00 malam, ayah akan kendong aku kat belakang dia. Kakak aku plak akan mengacah dari belakang. Aku  akan terjerit2 sambil cuba panjat lagi tinggi kat belakang ayah. Ayah gelak jer time aku tarik leher dia. Rindunya zaman tue.. waaaaa!!! :(


Korang ingat nak pegi sawah tak perlu ada pemandu arah ke? Perlu tau. Kalo tidak korang akan sesat nak balik sebab banyak sangat laluan nak ikut. Tak de sing board plak tu. Kui kui kui!


Aaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! Aku jerit kuat2. Lepaskan tensi beb! Ringan sikit perasaan nie.


Ni mak su dan adik aku. Syakirah. Aku panggil dia Oshin sebab gila citer korea.


Hehehe! No komen la Oshin. Suka ati kau lahhhh..



Korang jangat pikir rumput tau. Ni rupa anak padi. Kecik lagi kan...


Di hadapan sawah ayahanda.
Ni sawah ayah aku Nampaknya padi ayah lebih menjadi berbanding orang lain. Sebab mak su kata sawah ayah je yang tak de rumput. Ayah rajin menjenguk sawah. Kerajinan ayah tu memang aku akui sebab ayah lebih banyak menghabiskan masa di sawah berbanding di rumah! So aku tak hairanlah kenapa padi ayah dapat 5 bintang. ( Bintang tu dianugerahkan oleh aku la wei! )


Ok.. korang ingat tak tadi aku ada citer pasal tanam padi? Kalo korang tak tau, aku nak bagitau lah ni. Masa petani menabur padi benih, tak semua benih tu akan sampai ke semua tempat disebabkan angin yang bawa benih2 tu. So ada la tempat yang benih tu tak sampai.

Bila anak padi dah besar nanti, ia akan dipanggil semai. Petani akan cabut semai dari kawasan lain ( sawah sendiri la, jangan amek dari sawah orang lain plak ) dan tanam kat kawasan2 yang macam ni... korang fahamkan sendiri lah ek!



Sempat membelai padi ayah..


Gunung Keriang yang sering menjadi kunjungan dari pelbagai tempat. Sekarang dah jadi kawasan reakreasi. Tapi aku tak suka ke sana. Ada dua sebab. Sebab pertama banyak maksiat dan sebab ke dua banyak kera. Aku pernah kena kejar dengan kera kat sana. Eeeee!!! tak sukalah!


Dah malam baru kami balik. Sempat aku merakamkan pemandangan waktu maghrib ni untuk kenangan  sendiri... Cantik kan? Malam ni dah nak bertolak balik ke Negeri Sembilan.. sedih.... :(


Selamat tinggal kampungku..semoga kita berjumpa di musim yang lain plak..Daaaaaa  :0)


No comments: