Bersyukurlah…
aku seorang guru!
Pengalaman
menjadi guru sangat bermakna buat aku. Adakalanya pahit dan menyakitkan namun
rasa kasih terhadap anak didik menjadi penghibur di kala hati sedang lara.
Terkenang aku kepada peristiwa ini…
1
Durrah…kelas yang sangat hebat! Mampu mengubah perasaan guru-guru dari gembira
kepada duka, dari bibir guru yang ketawa
berubah menjadi muka merah padan dan dari suka bertukar sedih. Murid di dalam
kelas ini sangat nakal. Mereka tidak betah duduk diam. Suara guru dianggap seperti
suara angin. Nothing! Arahan guru seperti guruh yang belum tentu akan hujan. Kerja
rumah tak pernah siap, tulisan kotor, buku hilang dan kadang2 buku dibakar.
Perkara ini mungkin biasa bagi sesetengah guru namun pernahkah guru itu
berfikir untuk menanganinya?
Seorang
murid lelaki bernama Darwish adalah yang paling kritikal nakalnya. Waktu aku
mengajar dia tidak pernah mahu duduk di tempat sendiri. Tangannya gemar mencuit
kawan2. Bergaduh atau mengambil barang rakan adalah perkara rutin. Baju sekolah
tidak pernah kemas. Buku tulisnya tinggal kulit kerana selalu dikoyakkan.
Sebatang pensil pun tak pernah ada. Kalau adapun entah pensil siapa dikebasnya.
Rakan2nya selalu menuduhnya jahat. Sikapnya menjadikan aku buntu! Objektif
pembelajaran jarang tercapai. Kadang2
aku jadi takut kalau2 di dalam hati mereka ini langsung tidak mempunyai
perkataan bahasa arab walaupun satu!
Satu hari
Allah mengilhamkan aku dengan satu jalan keluar. Aku amat berharap rancangan
ini memberi kesan kepada Darwish dan rakan2nya yang lain.
“Cikgu nak
buat pertandingan untuk kelas kamu. Nak tak?” tanya aku satu hari untuk menarik
perhatian 1 Durrah. Darwish yang leka mengusik rakan menoleh ke arahku tanpa
perasaan.
“Pertandingan
Akhlak Terbaik dan Termulia.” Ujarku tersenyum.
“Akhlak tu
apa cikgu?” tanya Kittisak seorang murid yang beragama Kristian.
“Akhlak tu
sikap, perangai kamu. Kalau kamu boleh duduk diam masa cikgu mengajar akan
dapat hadiah. Duduk diam je! Senang kan?” ulasku senyum lagi. Nampaknya umpanku
mengena.
“Duduk diam
je cikgu?” soal Darwis tiba2. Aku mengangguk memandang Darwish dengan seribu harapan.
“Nak hadiah
tak?” mereka mengangguk serentak.
“Sekarang
cikgu bagi kepada kamu semua 100 markah. Sambut!” Aku membuat lakonan seolah2
mencampakkan sesuatu kepada mereka dan mereka menyambutnya sambil ketawa
terkekeh2.
“Simpan
baik2 dalam beg.” Mereka ketawa lagi dan seolah2 memasukkan 100 markah ke dalam
beg.
“ Siapa
bising masa cikgu mengajar atau kacau kawan, dia kena pulangkan 10 markah pada
cikgu. Boleh?”
“ Boleh cikgu!”
Jawab mereka serentak. Kali ini suara mereka kedengaran lebih bersemangat. “
Baik, pertandingan akhlak terbaik dan termulia bermula sekarang!” Kataku dengan
suara yang sedikit lantang. Kelas menjadi sunyi sepi sebelum Ammar anak muridku
yang paling comel bertanya. “ Hadiahnya apa cikgu?” Kelas kembali bising.
“Rahsia!
Tapi cikgu janji hadiah tu besar, cantik dan kamu pasti sukakannya!” jawabku
walhal aku sendiri masih tidak merancang soal hadiah ini. Aku ketawa dalam
hati.
Seminggu
berlangsungnya pertandingan ini. Ternyata sikap mereka sedikit berubah. Ketika
aku melangkah masuk ke dalam kelas LINUS TEGAR itu mereka cepat2 duduk di
tempat mereka dalam keadaan SEDIKIT tenang. Namun masih ada yang bersikap acuh
tak acuh. Namun sesuatu yang menarik perhatianku ialah sikap Darwish yang
sangat berubah. Dia bukanlah murid yang bijak tetapi kesungguhannya untuk
memahami pelajaran yang kuajar sangat luar biasa! Dia tidak lagi bergerak dari
kerusinya malah sering mengangkat tangan untuk bertanya. Gemar menarik tanganku
sekiranya ingin bertanya sesuatu. Rakan2nya yang lain ada yang berubah malah
ada yang masih kekal dengan sikap lama.
Hari
terakhir pertandingan ( Jumaat ) aku mengadakan ulangkaji sebelum mengumumkan
pemenang untuk pertandingan ini. Ulangkaji ini dilakukan dalam bentuk kuiz.
Siapa berjaya akan nerpeluang memenangi pembaris Upin dan Ipin, pengasah pensil
berbentuk terompah dan pemadam besar. Ramai yang mencuba dan berebut untuk
menjawab. Namun Darwish memilih untuk mendiamkan diri walaupun dia duduk betul2
dihadapanku. Wajahnya tenang tetapi sedikit muram.
“ Darwis
tak nak hadiah?” Soalku merenung wajahnya mencari jawapan. Dia mengangguk tapi
masih dengan riak wajah yang sama.
“ Dah tu,
napa tak cuba jawab soalan kuiz ni?”
“ Saya tak
pandai cikgu. Daya Cuma tahu satu perkataan saja”. Jawabnya membuatkan hatiku
tersentuh
“ Ok, apa
perkataan yang Darwis tau?” soalku dengan suara lembut.
“ Ba Bun (
pintu )”
“ Ok, tak
pe. Sekarang cikgu tanya ye” Dia mengangguk perlahan. Aku memandang rakan2nya
yang lain yang sejak tadi mengangkat tangan dan memandang kami.
“ Apa
maksud Ba Bun?” Darwis cepat2 mengangkat tangan dan pantas menjawab “pintu”.
“ Betul!!”
Aku menghulurkan pembaris Upin dan Ipin bewarna biru kepadanya. Dia senyum
sedikit.
“Baik,
sekarang cikgu nak mengumumkan pemenang bagi pertandingan akhlak terbaik dan
termulia”.
Kelas
menjadi sunyi sepi. Hening! Masing2 berharap menjadi pemenang. Lama aku diam
dan sikap ini menjadikan mereka sedikit gelisah. Aku renung Darwish. Dari
wajahnya aku tahu dia tidak mengharapkan menjadi pemenang, pandangannya dilontarkan
di luar kelas. Dari matanya aku tahu dia sedang memikirkan sesuatu.
“
Pemenangnya ialah… Darwish!!!” Dia tersentak, benar2 terkejut memandangku. Aku
sambut pandangannya dengan senyuman.
“ Hadiahnya merupakan satu set alat tulis Angry Bird. Ada
satu pemadam, dua pensil, satu pembaris, satu kotak pensil dan 4 helai sticker Angry Bird.” Jelasku sambil
menayang2 hadiah bewarna hijau lembut itu di hadapan kelas. Darwiss teruja dan
tiba2 dia memeluk pinggangku dan mencium tanganku. Aku terkejut tetapi terharu
dengan perubahan sikapnya. Rakan2 lain seperti kecewa. wajah mereka muram.
“ Jangan
sedih. Lepas cuti sekolah kita main lagi pertandingan macam ni, nak?”
“ Nakkk!!!”
sambut mereka kembali ceria.
“ Cikgu,
Saya boleh menang lagi tak?” Tanya Darwish sedikit risau.
“ Boleh…”
Dia senyum gembira.
Peristiwa
ini memberi kesan yang hebat di dalam
jiwaku sebagai guru. Macam2 yang aku fikir. Anak2 perlukan penghargaan,
dorongan dan perhatian. Di rumah mungkin mereka bebas membuat keputusan tetapi
kebebasan mereka tidak dibantu atau didorong. Tahniah buat 1 Durrah. Kalian
memang HEBAT!